CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Tahan Remaja Belasah Ibu Sebab Tak Kemas Rumah

2-11-2022 10:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1385| Komen: 15

Polis menahan seorang remaja lelaki yang disyaki membelasah ibunya kerana tidak mengemaskan rumah mereka di Kampung Lindungan Sungai Way, Petaling Jaya, dekat sini, Jumaat lepas.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata wanita berusia 44 tahun itu cedera di bahagian muka dan badan.


Gambar hiasan

Beliau berkata semasa kejadian suspek yang berusia 19 tahun dikatakan bertindak mengunci pintu hadapan dan membaling barang perhiasan rumah ke arah mangsa.

"Suspek yang mempunyai satu rekod jenayah lampau itu turut bertindak menumbuk mangsa di bahagian muka dan memijak dada sebelah kiri.


"Bertindak atas laporan dibuat ibunya pada Isnin lepas, polis menahan remaja itu pada 7.30 malam dan kini direman sehingga Sabtu (5 Nov) ini bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi malam ini.

Mohamad Fakhruddin berkata suspek didapati negatif dadah dan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau objek merbahaya.

Beliau turut mengesahkan kejadian berkenaan bukan kali pertama dan pihaknya sedang menyiasat sama ada suspek mempunyai masalah mental atau sebaliknya.


Sumber: BERNAMA






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 3-11-2022 12:49 AM
Bila anak jadi tuan, inilah hasilnya
Quote kakikuDibibirmu 3-11-2022 12:55 AM
Bila Melayu jadi tuan, inilah hasilnya
Quote Page88 3-11-2022 12:56 AM
What the f**k??? Poor mum.
Quote I.K.A888990 3-11-2022 12:58 AM
sampai hati kau lahanat
kau buat mak kau camtu
Quote Sazreena 3-11-2022 02:31 AM
Anak derhaka...mak bapak salah asuhan?
Quote pooh~key 3-11-2022 03:18 AM
kakikuDibibirmu replied at 3-11-2022 12:55 AM
Bila Melayu jadi tuan, inilah hasilnya

Kohkohkohkoh, ouchhh. Sister!
Quote Orenn1 3-11-2022 03:25 AM
Salah asuhan ke ni sampai anak jd gitu, umur baru 19
Quote Perawankota 3-11-2022 06:12 AM
Nak tu tak reti kemas sendiri ke
Quote namr 3-11-2022 06:14 AM
tu la, merajakan kan lagi anak kan dah dpt hasil
Quote shernazz 3-11-2022 06:48 AM
Tengok bapak nya ada tak suruh itu ini kat mak dia depan dia..
Maybe terikut2 bapaknya ke...
Harap.maknya tak tarik balik report
Quote venom1 3-11-2022 07:35 AM
kalau kahwin confirm kena belasah bini dia. Mohon jangan kahwin ya
Quote puccafan 3-11-2022 08:01 AM
Dik, kau pegi terjun dalam sungai la. Biar kena makan dengan buaya. Ko ada kaki tangan pun guna utk belasah mak sendiri
Quote ninja boy 3-11-2022 08:15 AM
Keluar penjara call van putih kidnap humban sungai  
Quote asudau 3-11-2022 08:28 AM
kecik2 dulu terlampau dimanjakan..jadilah anak setan
Quote mawardia 3-11-2022 08:34 AM
I ols speku tu hanyalah 1 alasan mak nye nak cover cerita sebenar. Pasti ada sebab lain.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.158093 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top