CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Mungkin Dia Tertekan...' - Penganjur Konsert Tak Akan Ambil Tindakan Terhadap Isteri Zamani

2-11-2022 10:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13782| Komen: 147

Penganjur Konsert Doa Buat Zamani, Aalan Ahmad tidak bercadang mengambil tindakan terhadap isteri Zamani iaitu Nur Juliana Abd Rani yang mendakwa suaminya tidak mendapat bayaran ketika menjayakan konsert itu.


Aalan yang mewakili syarikatnya Indera Entertainment berkata, kemungkinan besar Juliana tersalah faham sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Dia mungkin tidak tahu perkara sebenar berkenaan tiket yang tidak habis dijual, tetapi pada masa sama penonton dilihat memenuhi tempat duduk yang disediakan.


IG Zamani

"Saya anggap ini hanyalah salah faham kecil dalam satu keluarga dan tidak menyalahkan dia sepenuhnya atas apa yang berlaku. Masalah ini sepatutnya boleh diselesaikan sesama kami dan bukan membawanya keluar.


"Mungkin dia tertekan memikirkan keadaan suaminya yang bakal menjalani pembedahan serta pelbagai masalah lain sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya kepada Harian Metro.

Aalan turut menunjukkan penyata jualan tiket konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 30 September lalu ialah sebanyak 365 keping.

Pecahan lengkap jualan terbabit menyaksikan tiket untuk kategori tempat duduk Rindiani dijual sebanyak 72 keping, Nur Kasih (214), Maria Mariana (31), Kurnia (48) dengan kutipan keseluruhan berjumlah RM107,120.


IG Zamani

"Jumlah itu kemudiannya dicampur dengan tiket pembelian Tuanku Permaisuri Selangor menjadikan jumlah terkumpul sebanyak RM116,120.

"Dari situ saya bayar segala kos berkaitan antaranya sewa pentas, pemuzik, artis undangan dan permit DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) yang jumlahnya mencecah RM111,485.

"Selepas ditolak kos itu, baki yang tinggal di tangan ialah RM4,635. Itulah pendapatan yang kami dapat. Wang itu akan diberikan kepada Zamani mengikut rundingan asal 70/30.

"Jadi tidak benarlah kenyataan yang dia tidak dapat sesen pun dari konsert terbabit. Saya masih ingat kenyataan Zamani tak kisah jika tiada untung besar asalkan kami tidak berhutang," katanya yang mendoakan pembedahan Zamani minggu depan berjalan lancar.

Mereka juga akan ke pejabat Mytickets Asia dalam minggu ini untuk mendapatkan butiran lanjut.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan perkara itu sudah diselesaikan secara baik di antara Aalan dan Zamani.

Menurut Aalan, dia sudah berjumpa dengan Zamani, Sabtu lalu dan menjelaskan semua tiket memang tidak dijual.

Menurutnya, walaupun tiket tidak laris, pihaknya memenuhkan tempat duduk dengan penonton seperti mengundang ahli kelab peminat menyaksikannya.

"Kita akan penuhkan supaya nampak keadaan cantik. Waktu jumpa Zamani Sabtu lalu, saya buat penjelasan dan keadaannya ketika itu okey. Dia dah jelas semuanya.

"Sebelum berpisah kami bersalaman dan berpelukan. Dia kata tak mengapa dia nak selesaikan pembedahan dan selepas itu kita mula kerja semula macam biasa. Saya tak faham kenapa perkara ini berbangkit," katanya.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 3-11-2022 02:30 AM
Duit kutipan yg paknil kumpul pun tak usik lagi en..
Quote maharani_gebu 3-11-2022 09:48 AM
lorrr... kata konsert nak buat kutipan tuk zamani... tapi hasil tiket bayar itu ini... dah tu belen potong lg 70/30?

patut expenses behind the stage tak perlu cas... kutipan 100% tu lar kena bg zamani... ni bukan konsert buat untung.. tapi nak tolong...

dah jadi bukan nak tolong zamani.. tp nak tolong retis, musician, dbkl, management...bla...bla..bla...

retis undangan pun kena bayar? padahal dah tau konsert tuk bantu zamani kan?

baik g mohon zakat aje dari awal
Quote maharani_gebu 3-11-2022 09:49 AM
tajuk konsert DOA UNTUK ZAMANI....

tapi zamani dapat sisa lepas semua orang dapat habuan "doa"
Quote margo20 3-11-2022 10:39 AM
Mmg betul la zamani dpt doa je duit tah ke mana
Quote acikku 3-11-2022 10:47 AM
kalau memang ambik kira tolak kos semua tu, baiklah org yg beli tiket untuk bantu zamani tu bank in je harga tiket tu kat zamani terus
Quote boojaat 3-11-2022 10:48 AM
Artis undangan d byr.. tp zamani yg bkn undangan xkan nanyi free?? Patut zamani cas alan ni sebab dia menyanyi.. jgn la d perbodohkan oleh alan ni yer..
Quote talapia 3-11-2022 10:49 AM
kalau cam gini baik takyah buat konsert. Orang tu bengkok2 pon gigih menyanyi.. ujung2 itu je dapatnya? Alahai..
Baikla dia penuhi jemputan nyanyian solo aje.. lagi banyak dia dapat.. Kesiannya la hai..
Quote awanearisu 3-11-2022 10:56 AM
Kos menjalankan konsert sahaja sudah mencecah RM106,850.
Quote zamzam 3-11-2022 11:01 AM
acikku replied at 3-11-2022 10:47 AM
kalau memang ambik kira tolak kos semua tu, baiklah org yg beli tiket untuk bantu zamani tu bank in  ...

Betul. Baik zamani buka tabung sendiri dan rayu derma dari peminat dan rakyat Malaysia. Insya Allah berpuluh kali ganda boleh dpt.
Quote naina 3-11-2022 11:06 AM
Bangangnya lahai. Dipergunakan sungguh
Konsert doa buat Zamani siap gambar front page besar2 muka dia. Alih2 kos belakamg tabir je dekat 80%. Zamani dapat sisa. Bodoh betol. Memang patut bini dia marah. Terasa digunakan untuk meraih pendapatan orang lain.
Quote shiraloveyou 3-11-2022 11:08 AM
Kalau dpt 4k je,baik tak payah buat konsert, baik bagi duit direct kt dia je...nampak gaya mcm semua pihak ambik kesempatan atas nama konsert zamani
Quote acikku 3-11-2022 11:19 AM
zamzam replied at 3-11-2022 11:01 AM
Betul. Baik zamani buka tabung sendiri dan rayu derma dari peminat dan rakyat Malaysia. Insya Alla ...

kan, macam yang paknil buat tu sekejapan dapat 100k.ramai peminat dia yang berharta nak tolong tapi taknak or tak boleh nak p tgk konsert.tp tulah zamani katanya taknak mintak sumbangan direct gitu. dia nak at least dia pun buat persembahan untuk peminat.tak sangka pulak dipergunakan.aalan tu bukan ke manager dia dari dulu lagi
Quote Acikgomen 3-11-2022 11:24 AM
acikku replied at 3-11-2022 10:47 AM
kalau memang ambik kira tolak kos semua tu, baiklah org yg beli tiket untuk bantu zamani tu bank in  ...

Ujong2 org yg pi tgk konsert yg kena scam
Org pi konsert tu sbb nak derma kat zamani
Quote rifaa 3-11-2022 11:29 AM
penat2 nyanyi dengan keadaan gitu, dapat 4k je?
siannya
Quote exclusive_vvip 3-11-2022 11:29 AM
bukan si Aalan ni mmg xleh percaya ke? Rasa mcm penah baca dlm forum ni jugak..ke i salah orang?
Quote KakZianaZain 3-11-2022 11:35 AM
Doa utk zamani, semoga dipermudahkan

Doa utk penganjur, semoga melingkup
Quote AWEKSAMURAI 3-11-2022 11:39 AM
acikku replied at 3-11-2022 10:47 AM
kalau memang ambik kira tolak kos semua tu, baiklah org yg beli tiket untuk bantu zamani tu bank in  ...

Betul....geram plak aku baca kalau setakat 4k 2 mggu je laki aku busking dh dpt jumlah tu baik zamani busking dgn laki aku je hahaha
Quote AWEKSAMURAI 3-11-2022 11:40 AM
exclusive_vvip replied at 3-11-2022 11:29 AM
bukan si Aalan ni mmg xleh percaya ke? Rasa mcm penah baca dlm forum ni jugak..ke i salah orang?

Aalan tu lah skrg dia yg bwk artis2 masuk GV ...Tom sume bwh dia lah weh
Quote acikku 3-11-2022 11:51 AM
AWEKSAMURAI replied at 3-11-2022 11:40 AM
Aalan tu lah skrg dia yg bwk artis2 masuk GV ...Tom sume bwh dia lah weh

oooo....ingat dia manager zamani sorang je

Lihat semua komen(147)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.036268 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top