CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bantulah Rakyat Malaysia... - Pesanan Chef Wan Untuk Syed Saddiq

2-11-2022 10:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1439| Komen: 11

Cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menyuarakan sokongannya terhadap perjuangan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu pembaharuan dalam politik tanah air.


Chef Wan menunjukkan tanda sokongannya ini menerusi salah satu komen di sebuah gambar yang dimuat naik Saddiq di Instagram peribadinya.



Chef Wan mengakui, apa yang telah berlaku pada Malaysia sebelum ini agak memalukan dan dia sendiri telah mengalaminya selama 35 tahun berkhidmat dalam negara.

Sementara itu, menjelang pilihan raya yang bakal tiba, Syed Saddiq harus berdepan beberapa kes mahkamah.


Jumaat lalu, media melaporkan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Syed Saddiq membela diri berhubung empat pertuduhan berkaitan RM1.12 juta dana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas Ketua Armada Bersatu itu dalam empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.


Sumber: Murai






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 2-11-2022 10:36 PM
geli tengok orang tua support post gambar laki jambu songlap duit parti masuk ASB sendiri ....
Quote DeLuna85 3-11-2022 12:16 AM
Syed sadiq boneka ph semata2
Quote Fazzbulous 3-11-2022 12:20 AM
mamat ni lg hampehhhh...
Quote cm_vungtau 3-11-2022 12:35 AM
Ler dah ada prima facie pehal lak nak sokong lagi? At least si Najib tu boleh la cakap dia tak tahu duit masuk sebab Jho Low control. Yang ni terus masuk account sendiri ASB peribadi pulak tu. Ya rabbi noob giler
Quote cm_vungtau 3-11-2022 12:37 AM
I believed you can do it. Dia letak past tense so maksudnya dia dah tak believe la ye?
Quote sleepandream 3-11-2022 12:59 AM
org muo bakalan undi dia nanti...
tp heols kalau kalah pun boleh sambung master dekat oxford khenn..

KJ pulok dekat sungai buloh.. nasib tak kena pancung
Quote gangerina 3-11-2022 12:19 PM
kawan I sanggup tukar sokong bn sbb kj punya pasal
padahal dulu dia la yg dok ratib jgn sokong sampai bergaduh kawan...masam2 muka bagai...
ntah pape...
Quote Aneem 3-11-2022 12:24 PM
Sesama ummah mestilah saling mendokong
Quote jalfa 3-11-2022 12:25 PM
X malu ke sokong penyamun. Dulu ko maki penyamun tua sekarang penyamun muda ko sokong
Quote September14 3-11-2022 12:42 PM
Mmg idok ler baru setahun jgung dah pandai mnyolap…
Quote Nenasketum 3-11-2022 12:52 PM
Bapuk berkata2 pada si bi, bapuk tua sorang lagi takmo pi merayu kah?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.055851 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top