CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Cedera Kereta Dihentam Tayar Lori Di Lebuhraya Elite

2-11-2022 09:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2224| Komen: 28

Seorang lelaki berdepan saat cemas apabila kereta dipandunya tiba-tiba dihentam sebiji tayar lori di Lebuhraya Elite, petang tadi.

Dalam kejadian pukul 2 petang di Kilometer 27.2 Lebuhraya Elite menghala ke arah utara itu, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Aruz itu turut cedera di muka dan kepala.


KEADAAN kereta rosak teruk akibat dihentam tayar lori di Lebuhraya Elite, Selangor.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku apabila tayar sebuah lori dipandu seorang lelaki tiba-tiba tercabut lalu menghentam kereta mangsa.

Beliau berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu lori mendakwa tayar sebelah kiri tercabut sebelum dia memberhentikan kenderaannya di tepi jalan.

“Pemandu kereta yang cedera dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan sebelum dibenarkan pulang petang tadi.

“Siasatan mendapati, lokasi kejadian mempunyai tiga lorong jalan dan satu lorong kecemasan, manakala cuaca pula baik dan cerah selain permukaan jalan rata dan kering,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pihaknya mengambil keterangan pemandu lori berkenaan dan lori itu turut ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

Wan Kamarul Azran berkata, pihaknya juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.




Sumber: UTUSAN






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 2-11-2022 11:01 PM
[youtube]mXkEBdHOu-M[/youtube]
Quote becir 2-11-2022 11:10 PM
Sib baik tak melayang nyawa...dulu kes kat Pahang kot driver pempuan tu nasib tak baik meninggal on the spot tayar lori tercabut hentam kete dia dari depan..
Quote kepompong 2-11-2022 11:24 PM
kat highway pasir gudang lagi teruk… kontena boleh ter-cerai dari kepala lori…nasib baik dia berhenti sendiri & tak kena kenderaan lain. ni cerita lama
Quote kakikuDibibirmu 2-11-2022 11:24 PM
kepompong replied at 2-11-2022 11:24 PM
kat highway pasir gudang lagi teruk… kontena boleh ter-cerai dari kepala lori…nasib baik dia berhe ...

Tercerai tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak
Quote Mulotkoyak 2-11-2022 11:45 PM
Kete bru kuar bln ni... Perghhh sayang nye... Xsmp sbln xcident.
Quote bakingsoda 2-11-2022 11:51 PM
mujur cedera sikit dan takde penumpang lain dlm kete
Quote akies 3-11-2022 12:09 AM
Ini yang paling digeruni bila drive berdekatan dgn kenderaan muatan berat.. moga kita semua dilindungi ketika memandu
Quote Sazreena 3-11-2022 02:32 AM
Dengan speed lori tu tatkala tayar melayang...perghh...mujur belum ajal.
Quote felinecat 3-11-2022 06:55 AM
Kalau komplen kt fb mesti ade pemandu lori/  pembackup pemandu lori akan cakap, x pernah pandu Lori xpayah komplen... Lahanat sungguh perangai palat darat ni
Quote venom1 3-11-2022 07:01 AM
fuh kereta bau kilang lagi..yang penting beliau sekeluarga selamat
Quote R2D2 3-11-2022 07:05 AM
sebelum ni pun pernah jadi mcm ni
bezanya tayar dari laluan bertentangan
highway
Quote shernazz 3-11-2022 07:08 AM
Cam.jilaka kan...
Pastu bawak mcm.org gila depa neh
Iols ada tengok lorinkontena hentam.kete kat hiway menora kot...
Gila
Quote felinecat 3-11-2022 07:28 AM
shernazz replied at 3-11-2022 07:08 AM
Cam.jilaka kan...
Pastu bawak mcm.org gila depa neh
Iols ada tengok lorinkontena hentam.kete kat hiw ...

Alasan diorg, break.. Break Lori xsama dgn kereta.. Yg bodoh xcek dlu dh kenapa, tanggungjawab kot untuk cek n maintain.. Nyawa org kot, kalau kene kt family die sendiri baru tau
Quote batmana 3-11-2022 07:35 AM
Cmne leh senang tercabut?skru nat patah ka
Quote hijau_serindit 3-11-2022 07:39 AM
perghhhh.... kete baru tu.. semoga dipermudahkan urusan mangsa sekeluarga..
Quote matamata 3-11-2022 07:50 AM
Pernah tgk 2 kali... Bkn sbb skru tanggal atau patah tp rim tu yg pecah... Susah nak predict benda ni
Quote zeed 3-11-2022 08:13 AM
Total loss la ketr gini kan? Dpt beli kete lain
Quote damsel_fiji 3-11-2022 08:59 AM
palatt darat lg..kt fb ramai betul pembekap kerjaya terpaling nihh....
Quote tungkai 3-11-2022 09:17 AM
pemandu lori mendakwa tayar sebelah kiri tercabut


Tayar lori sebelah kiri tercabut aku assume lori berada di lane tengah atau paling kanan

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.052887 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top