CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Buat Duit, Tawar Khidmat Uji Kesetiaan Cinta Suami Orang

2-11-2022 07:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 949| Komen: 7

BRASILIA – Satu pekerjaan baharu muncul di Brazil dengan sebilangan wanita muda menawarkan khidmat menguji tahap kesetiaan pasangan pelanggan secara online, lapor laman berita Oddity Central .

Bidang pekerjaan itu kini menjadi sangat popular di media sosial Brazil termasuk di laman TikTok dan Instagram.

Pekerjaan itu kebiasaannya dilakukan oleh wanita muda dengan mengenakan bayaran antara AS$4 (RM18) hingga AS$30 (RM142). Mereka akan menguji tahap kesetiaan seorang lelaki terhadap isteri atau teman wanita sebelum menyerahkan bukti kepada pelanggan.

Mereka akan menghantar mesej peribadi di Instagram atau WhatsApp dengan berpura-pura mendapatkan nombor itu daripada kenalan.

Foto:Unsplash

Setelah menggoda lelaki secara dalam talian, mereka akan mengambil tangkap layar mesej perbualan dan apa-apa gambar yang dikongsi untuk menyerahkan bukti-bukti itu kepada pelanggan.

Laman berita Universea menemu ramah seorang pemeriksa kesetiaan, Nicolly, 22, mengenai pekerjaannya. Wanita itu baharu sahaja melahirkan anak dan tiada pekerjaan ketika didatangi seorang wanita untuk memeriksa tahap kesetiaan pasangannya.

“Dia datang kepada saya di Instagram, mengatakan bahawa saya sangat cantik dan memiliki ciri-ciri wanita yang disukai suaminya.

“Dia sangat curiga dengan lelaki itu kerana telah menipunya beberapa kali. Disebabkan itu, dia mahu saya menggoda suaminya untuk melihat sama ada lelaki itu akan jatuh cinta,” kata Nicolly.

Nicolly menggoda lelaki berkenaan dan menghantar bukti kepada pelanggannya. Tidak lama kemudian, dia didekati wanita lain dengan permintaan sama dan hari ini, dia mampu menjana pendapatan antara AS$800 (RM3,793) hingga AS$1000 (RM4,742). -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 2-11-2022 07:14 PM

Quote lattehazelnut 2-11-2022 07:16 PM
Boleh x nak hire utk goda syamsul yusuf
Quote CiliPadiSedap 2-11-2022 08:37 PM
lattehazelnut: Boleh x nak hire utk goda syamsul yusuf

masukkan pakej jusa c minus , claim duit kt friska. mark up sikit 300%

Quote Raline 2-11-2022 09:44 PM
[Dunia] Wanita tawar khidmat uji kesetiaan cinta lelaki
https://b.cari.com.my/forum.php? ... =5081436&extra=
Post time 2-11-2022 07:05 PM

dah ada
Quote DeLuna85 3-11-2022 12:19 AM
lattehazelnut: Boleh x nak hire utk goda syam ...

Meroyan nanti selingkuhan dia
Quote mawardia 3-11-2022 12:32 AM
lattehazelnut replied at 2-11-2022 07:16 PM
Boleh x nak hire utk goda syamsul yusuf

Untuk yg itu, awek cun ni kena caj mahal sebab existing gf saiko. It wont be an easy job. Nak goda senang tp nak hadap gf mamat tu yg payah.
Quote kakikuDibibirmu 3-11-2022 12:38 AM
Kalau boleh bermadu, buat apa nak berkelahi?

Lihat semua komen(7)

ADVERTISEMENT

Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.036822 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top