CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Pelajar Sekolah Menengah Diserang Sawan Dan Mulut Berbuih, Hisap Cecair Vape Bertoksik

2-11-2022 07:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2591| Komen: 27

JASIN – Dua pelajar sebuah sekolah menengah di daerah ini terpaksa dikejarkan ke hospital selepas diserang sawan dipercayai berpunca daripada menghisap cecair vape mengandungi toksik.


Menurut sumber, kejadian berlaku minggu lalu selepas kedua-dua pelajar tingkatan tiga dan lima itu mengisap vape bersama seorang lagi rakan mereka di dalam tandas sekolah berkenaan.

“Tidak lama kemudian, dua daripada pelajar lelaki terbabit tiba-tiba diserang sawan sebelum rebah diikuti mulut turut berbuih.

“Panik dengan keadaan itu, seorang lagi bertindak rakannya lari menyelamatkan diri,” katanya kepada MalaysiaGazette.


Gambar Hiasan


Tambahnya, kejadian kemudian disedari guru sekolah yang ternampak dua pelajar terbabit terbaring kaki lima bangunan sekolah di luar tandas.

“Pihak sekolah kemudian menghubungi ambulan dan kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Jasin untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Difahamkan, keracunan dipercayai berpunca daripada cecair vape yang mengandungi bahan toksik menyebabkan mangsa pengsan dan menerima rawatan di hospital sama sehingga hari ini,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan kajian terkini berkenaan perisa yang terkandung di dalam cecair vape dikhuatiri akan menghasilkan bahan kimia toksik yang boleh menjejaskan kesihatan.

Penghasilan toksik itu dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu suhu, jenis dan usia pengunaan alatan menyebabkan penguraian haba perisa menghasilkan bahan toksik yang dikenali sebagai acrolein dan formaldehyde. –CARI

Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 2-11-2022 07:06 PM
Ada tambah2 benda lain ke
Quote eyansss 2-11-2022 07:08 PM
kawan lari selamatkan diri sendiri?  dek, kalau la ko selamat dari sawan, sila jangan kawan dah ngan mamat tagune tu…
Quote kakikuDibibirmu 2-11-2022 07:11 PM
[youtube]Sw7A5fFjNfI[/youtube]
Quote shernazz 2-11-2022 07:11 PM
Pasni boleh isap.lagi..
Perisa.lain banyak lagi
Quote lattehazelnut 2-11-2022 07:14 PM
Asal x mati.. menyusahkan org je
Quote matchstick 2-11-2022 07:23 PM
ni mesti geng budak2 acah gengster taikucen kt sekolah tu..orang duk belajar dlm kelas diorg hisap vape dlm jamban
Quote Samerosie 2-11-2022 07:23 PM
Siapa yg susah? Mak bapak dan tunang nye sahaja katanya.
Quote naina 2-11-2022 07:26 PM
Takyah la berkawan sangat dekk
Jelas awal2 lagi kawan dh lari time ko diambang maut
Bukan nak selamatkan
Quote matchstick 2-11-2022 07:26 PM

"Penghasilan toksik itu dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu suhu, jenis dan usia pengunaan alatan menyebabkan penguraian haba perisa menghasilkan bahan toksik yang dikenali sebagai acrolein dan formaldehyde"


mungkin dh nk expired or cara simpan tak betul..
Quote Sazreena 2-11-2022 07:31 PM
Hisap la lagii wahai bani melayuss...
Quote matamata 2-11-2022 07:32 PM
Nasik tambah ni... Letak ajinomoto kot...
Quote kepompong 2-11-2022 07:38 PM
ada anak jiran tiba2 pitam… pegi klinik bp tinggi sgt doktor terus suruh hantar icu . ye la takut jugak stroke. rerupanya kes vape jugak. Dia dah sedar tu citer kawan bagi vape perisa baru nak try

Kekdg i pun macam rasa cuba kalau pods ni bagi kesan serta-merta. Biar serik org nak memgevape.

Quote sharlenetexas 2-11-2022 07:41 PM
Vape dan rokok 2x5 5xb*b*

Quote imanjannah 2-11-2022 07:49 PM
Edited by imanjannah at 2-11-2022 07:51 PM

selagi x kena pada diri sendiri.. selagi tu la x ada penyesalan
Quote Nurdianah 2-11-2022 08:05 PM

Quote asfaz 2-11-2022 08:25 PM
eyansss replied at 2-11-2022 07:08 PM
kawan lari selamatkan diri sendiri?  dek, kalau la ko selamat dari sawan, sila jangan kawan dah ngan ...

Asal selamat  dripda cikgu  tpi memang jahanam perangai tinggalkan kawan yg tgh sawan macam tu. Mujur la cikgu lalu .
Quote eyansss 2-11-2022 08:37 PM
asfaz replied at 2-11-2022 08:25 PM
Asal selamat  dripda cikgu  tpi memang jahanam perangai tinggalkan kawan yg tgh sawan macam tu. Mu ...

tu la...  mujur ada cikgu nampak...  kalau tak, arwah terus...
Quote Lily_Elizabeth_ 2-11-2022 08:58 PM
Nurdianah replied at 2-11-2022 08:05 PM

macam naga ...
Quote Suchi 2-11-2022 09:42 PM
Vape ni bkn ke utk org yg takmo sap kok kira nak benti so isap vape plak.
Herannya bebudak ni tah2 tak penah sap kok pun terus je isap vape yelaa ikut trend semasa kan.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.042342 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top