CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Minum Kopi Waktu Hamil, Risiko Anak Jadi Pendek

2-11-2022 06:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1251| Komen: 9

WASHINGTON – Satu kajian baharu mendapati bahawa tabiat meminum kopi ketika hamil meningkatkan risiko anak menjadi pendek, lapor akhbar New York Post.

Kajian itu diterbitkan semalam dalam Journal of the American Medical Association (JAMA). 

Ia mencadangkan bahawa wanita yang minum setengah cawan kopi setiap hari semasa hamil boleh mengurangkan ketinggian anak hampir 2.5 sentimeter apabila masuk ke sekolah rendah.


Gambar Hiasan

Kajian itu dihasilkan dengan kerjasama lebih 10 pakar perubatan dan penyelidik. Mereka meninjau hampir 2,500 kanak-kanak berusia antara empat hingga lapan tahun di seluruh Amerika Syarikat.


Penyelidik menggunakan sampel darah untuk menentukan tahap kafein yang tepat dan metabolite paraxanthine.

“Walaupun implikasi klinikal berkaitan pengurangan ketinggian itu tidak jelas, penemuan kami untuk ketinggian kanak-kanak adalah sama jika dibandingkan dengan ibu yang merokok semasa hamil.

“Kami secara konsisten melihat ketinggian yang lebih rendah yang dikaitkan dengan peningkatan risiko pelbagai penyakit kardiometabolik dalam kedua-dua individu hamil dan tidak hamil,” jelas kajian itu.

Walaupun sebab sebenar mengapa kopi boleh membuat kanak-kanak menjadi lebih pendek masih tidak jelas, kajian itu menyatakan bahawa kafein adalah perangsang yang tidak dimetabolisme oleh janin yang sebaliknya terkumpul di dalam tisu.

“Adalah penting untuk menentukan sama ada pendedahan kafein dalam rahim mempunyai implikasi pertumbuhan jangka panjang dalam anak-anak,” demikian menurut kesimpulan kajian tersebut. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 2-11-2022 06:46 PM
Iols memang hantu kopi kena have everyday if not ada withdrawal symptoms (read: bite people's head off).  Masa preggy minum decaf and kira caffein count.
Quote rosedemon 3-11-2022 10:16 AM
oo yg pendek2 tu maknya terlebih kopi la ek kihkih
Quote alongweeda 3-11-2022 12:30 PM
Alhamdulillah ank no 2 aku tggi
Quote shernazz 3-11-2022 01:57 PM
Iols masa pregnant.automatik tak suka kopi
Tapi bila tak pregnant..mmg.iols.aumm kan aje kopi2 neh...
Lagi2.cap 434 n sf coffee....
Quote faraway1 3-11-2022 02:44 PM
Stop kopi masa Pregnant, anak memang tinggi tapi lebih pada genetic sebab mak pak tinggi
Quote ifanonline 3-11-2022 02:47 PM
wanita2 semasa pregnant just eat clean food
Quote Beribear 3-11-2022 03:00 PM
My mum minum Nescafe time pregnant kan i, tinggi je i skrg. Tp dia ckp sbb dia minum nescafe i gelap
Quote myvi132806 3-11-2022 05:03 PM
ntah laa.. boleh relate ke x dengan pengalaman saya ni ..
just nak share ..
saya penggemar kopi & teh.. yang letak susu f&n yer,, bukan teh o kopi o ..
so cite dy, anak pertama saya tahan nafsu utk minum kopi & teh.. husb memang jaga btl2..almaklum ank pertama.. time checkup alhamdulillah, graf tumbesaran kt buku pink helokk..
tiberr ank no. 2 , dah x jaga, selalu minum teh & kopi .. masa pantang menyusu ank pun sy x jaga dok minum teh semedang.. jadinya bila ank menetek dy pun minum la jugak apa yg saya bedal.. bila check up,,, noooohhh anak bantut..
nurse tulis kt graf n brief sy, ank puan bantut ya.. jaga pemakanan ..bla bla bla.. baikkk ku kata pd nurse.. haha
sampai la si adik dh 3 tahun, memang kecil comel tumbesaran nya.. dengan sepupu2 sebaya, dy yg paling cenonet ..
so, kemungkinan la,, kalau kafein / susu F&N boleh buat terencat tumbesaran anak ..
kalau baca kt tin susu tu ada dy tulis situ, tidak sesuai utk bayi bwh 1 tahun.. masalhnya sy baru perasan ayt tu selepas nurse cakap anak bantuittt ...
sekian saja ... terima kasih kerana membaca ..
Quote akies 8-11-2022 11:58 PM
Mana ada. Anak iols yang sulung dh makin tinggi dr iols.
Maknya tinggi 164cm, anak dh cecah 170cm.
Yang gegirl normal..sederhana shj ketinggian.

Ios masa pregnant tkdelah minum kopi setiap hari.
Tapi kerap la juga dalam seminggu tu

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.160679 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top