CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zed Zaidi Mohon Artis Siasat Dulu, Jangan Terpedaya Kalau Ada Pihak Yang Janji Nak Beri Rumah

2-11-2022 05:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 767| Komen: 2

Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi meminta penggiat seni supaya berhati-hati dan menyemak terlebih dahulu latar belakang mana-mana syarikat yang tampil menjanjikan pemberian rumah kepada mereka.


Zed berkata, ia penting bagi mengelakkan golongan artis menjadi mangsa penipuan didalangi sindiket yang cuba memperalatkan mereka untuk kepentingan diri.


Foto: Utusan

“Seniman sudah lama memperjuangkan isu perumahan untuk artis sejak 2012 lagi. Berdasarkan pengalaman, hanya urusan yang dilakukan dengan kerjasama jabatan kerajaan yang berjaya dilunaskan. Hasilnya, sehingga kini sudah 37 unit rumah diberikan kepada artis yang layak.


“Sesiapa sahaja boleh mendakwa mereka dapat menawarkan rumah, sedangkan prosesnya terlalu rumit dan tidak semudah yang dikatakan. Ia memerlukan pelbagai dokumen penting, contohnya penyata gaji. Sedangkan pelakon atau penyanyi, kebanyakan tidak mempunyai dokumen tersebut kerana bekerja sendiri.

“Apa yang dapat saya katakan, proses permohonan dan pemilikan rumah untuk artis bukan mudah. Jadi, berhati-hatilah dan semak latar belakang mana-mana syarikat yang menjanjikan rumah untuk artis,” ujarnya.

Zed mengulas berkenaan modus operandi segelintir pihak yang mendakwa diri sebagai pemaju yang menggula-gulakan artis dengan janji kosong untuk menjerat mereka dengan pelbagai tawaran menarik.

Mengulas lanjut, Zed berkata, dia faham segelintir artis terdesak memiliki rumah sebagai tempat perlindungan yang terjamin.

Bagaimanapun katanya, ada baiknya mereka mengkaji dan menyelidik tawaran, terutama pihak yang mencurigakan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa sindiket penipuan.

“Saya tidak salahkan artis apabila terjebak dengan pihak yang menjanjikan tawaran seperti itu. Cuma, saya berharap mereka lebih berhati-hati.

“Seniman pernah ‘terkena’ ketika berurusan secara langsung dengan pihak yang menggelar diri mereka pemaju. Modus operandi mereka sama, cuma cara pelaksanaan sahaja berbeza.

“Sekarang zaman penipuan, lebih-lebih lagi di Internet dan media sosial. Jadi, berhati-hatilah,” katanya.-CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 2-11-2022 07:50 PM
Apa khabar rumah Dato' Sri Atiqah ye
Quote rosedemon 3-11-2022 10:28 AM
hidup zed zaidi!!!

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.048300 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top