CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aiman Hakim Langsung Tak Cemburu, Tak Kisah Zahirah Bermesra Dengan Lelaki Lain

2-11-2022 05:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10281| Komen: 117

Aiman Hakim Ridza memberitahu dia tidak berasa cemburu melihat isteriya, Zahirah MacWilson berlakon babak mesra bersama pelakon lelaki lain.

Kata Aiman dia sedikit pun tidak kisah, sebaliknya menganggap ia hanyalah atas tuntutan kerja sebagai seorang pelakon.

“Pada saya, tiada masalah untuk lihat isteri saya melakonkan babak-babak yang bersentuhan. Itu, pada saya adalah sebahagian daripada art dalam lakonan dan ia merupakan satu pekerjaan,”katanya kepada Gempak.

Foto: IG

Malah dia tidak pernah meletakkan set pemikiran untuk melihat pekerjaan yang dilakukan itu dengan peribadi seseorang.

“Bila ada babak-babak sedemikian, saya tak pernah terfikir itu ada isu atau cemburu dan sebagainya."



Aiman kata Zahirah adalah seorang yang profesional ketika berada di set penggambaran.



“Zahirah seorang yang sangat profesional dalam kerja-kerja yang dilakukan. Sebelum ini kami pernah digandingkan sekali dalam sebuah drama.



“Dia tahu apa yang dia perlu buat dan seorang yang bijak serta mudah untuk bekerjasama." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Itzy 2-11-2022 07:36 PM
Dalam islam, suami begini dianggap suami dayus dan akan dipertanggungjawab soal di akhirat kelak.
Quote Sazreena 2-11-2022 07:43 PM
Statement mengundang ko Aimaaan..
Quote Pak.dolla 2-11-2022 07:53 PM
Kenapa dlm drama melayu perlu ada adengan beramas mesra?
Quote bedahmenjuyah 2-11-2022 08:07 PM
Cerita apa je jahirah berlakon mesra dgn org lain tu. Tak nampak pun. Yg ada dgn laki dia je. Sejak kahwin mmg slow down ke takde offer tak rahulah
Quote Geeayden 2-11-2022 08:08 PM
Aiman sendiri pun ada peluk pelakon perempuan kan. Halal haram dah x peduli bila belakon. Dosa masing2 tanggung, mati x kira umur, tempat dan masa.
Quote auntyonion 2-11-2022 08:26 PM
Alahaii baik simpn sndri jelh stetmen gini
Quote Nham22 2-11-2022 08:29 PM
Kalau x cemburu maknenye tak sayangla kat wife tu
Quote akies 2-11-2022 09:01 PM
Couple ni bosan sikit.
Apa2 cerita pun macam tak menarik minat.
Quote Nizleen86 2-11-2022 10:57 PM
Konon urban sangat la tu.
Quote Rogue98 2-11-2022 11:06 PM
Kalau aku jadi zahirah sure aku bengang laki aku bagi ayat camni...kau tak jaga ke maruah isteri sendiri.
Atau mungkin si aiman ni yg banyak berlakon so statement tu actually nak selamatkan diri sendiri...haha
Quote Fly_over 2-11-2022 11:17 PM
Edited by Fly_over at 3-11-2022 07:14 AM

tp zahirah katanya unfollow dd masa cite she was pretty?
Quote likilu 2-11-2022 11:22 PM
Wow gusi dah takde
Quote ariellin 2-11-2022 11:48 PM
Muka anak dia mcm man raja lawak plak kat bideo tu.. ehh betul ke man nama dia
Quote doubleA 2-11-2022 11:54 PM
Nampak sangat la time kelas agama dulu dua2 tido. Oh z tak sekolah kat malaysia tapi eman? Ayoyo. Urban la eh, lantak korang la
Quote tulip-rain 3-11-2022 01:49 AM
Yelah. Aiman ni pun lepas kahwin ade berlakon peluk2, sentuh2 dgn aktres lain. Mestilah dia pun tak kisah kalau zahirah nak berlakon adegan mcm tu jugak
Dah nama pun retis.
Quote tulip-rain 3-11-2022 01:53 AM
bedahmenjuyah replied at 2-11-2022 08:07 PM
Cerita apa je jahirah berlakon mesra dgn org lain tu. Tak nampak pun. Yg ada dgn laki dia je. Sejak  ...

Ini mungkin untuk rujukan masa hadapan. Nanti bila2 zahira ade keluar drama baru, pastu ade scene sebegini haaaa dah senang dah sbb aiman dah bgtahu awal2 dia tak kisah. Hehe
Quote heythere123 3-11-2022 07:23 AM
Aiman ni bila je bijak?


ada i tengok video dia promote drama heols dgn Zahirah tu, pastu ada Hafreez Adam sekali. Jauh beza jawapan dia dgn dua org tu masa main game. Memang terserlah la heols ni otak kosong and typical jantan melayu.


Nak panggil himbo tapi kalau himbo wajib hensem, heols ni bese2 i tengok
Quote auntyonion 3-11-2022 07:31 AM
heythere123 replied at 3-11-2022 07:23 AM
Aiman ni bila je bijak?



Meols ada tertgk kjp bidio tu..memg nmpk bongok jwpn die terus scroll je rase annoying giler
Quote Pak.dolla 3-11-2022 07:31 AM
Rogue98 replied at 2-11-2022 03:06 PM
Kalau aku jadi zahirah sure aku bengang laki aku bagi ayat camni...kau tak jaga ke maruah isteri sen ...

Bkn ka dulu b4 kawin yg pompuan ngorat lelaki dulu?
Mesti lelaki tu rs hebat kan? hahaha

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.125100 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top