CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diancam Dan Diugut Bunuh Selepas Tegur Jiran Curi Seluar Dalam Ibu

2-11-2022 05:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1954| Komen: 18

Johor Bahru: "Tak sangka jiran sanggup ugut bunuh, selain kerap mengancam keselamatan ahli keluarga selepas ditegur mencuri seluar dalam wanita," kata remaja perempuan berusia 14 tahun.


Remaja yang tinggal di bandar raya ini itu mendakwa jiran lelaki berusia 40-an terbabit mencuri seluar dalam wanita yang dijemur di ampaian rumah, malah gemar menghendap.

Katanya, keluarganya mula menyedari perkara itu sejak setahun lalu.


Foto: Harian Metro

"Kami sekeluarga memang pelik apabila seluar dalam ibu kerap hilang. Awalnya, saya menyangka ibu pelupa dan tidak meletakkan pakaiannya di tempat sesuai.


"Bagaimanapun apabila menyedari ia perbuatan jiran, kami mula bimbang. Kami juga pernah mengadu perkara berkenaan kepada keluarga jiran terbabit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut remaja itu, selepas perbuatan lelaki terbabit dimaklumkan kepada keluarganya, jirannya itu bertindak lebih berani mengulangi perbuatannya, malah menghendapnya ketika berseorangan di rumah.

Katanya, lelaki itu juga bertindak agresif apabila sengaja membaling sisa jubin dan batu ke rumah mereka.

"Lebih membimbangkan, lelaki berkenaan mengugut mahu memukul dan membunuh. Kami membuat laporan polis sejak April tahun lalu di Balai Polis Majidee. Kami berharap masalah ini dapat diatasi dan tidak berulang.

"Berikutan kejadian ini, hampir tiga minggu saya tidak bersekolah kerana bimbang dengan keselamatan diri," katanya.

Keluarga remaja itu membuat laporan susulan di Balai Polis Majidee di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan menerima laporan terbabit.

"Suspek sudah ditahan dan direman selama empat hari mulai hari ini hingga 5 November depan bagi membantu siasatan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi hari ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ujio 2-11-2022 05:47 PM
Sick pervert....
Quote Sazreena 2-11-2022 08:38 PM
3 minggu tak sekolah sebb pervert saiko ni..giler ah..
Quote Nurdianah 2-11-2022 09:10 PM

Quote mbhcsf 2-11-2022 09:16 PM
kan, apa nak jadi dah  dengan manusia  sekarang?

memang  benarlah la ni, kat lamana waima lama rumah sendiri pun tak selamat.
Quote eyansss 2-11-2022 09:40 PM
jiran gila makin banyak...  lepas ni sila sidai pakaian dalam kat dalam rumah...  terpaksa daripada nak hadap jiran gila camni...  kalau report pun, polis tak buat apa...
Quote noor2 2-11-2022 10:47 PM
Nampak sgt lelaki ni kaki dadah...heloooo polis..dah setahun lebih org buat report korang x ambil tindakan?...nk tunggu keluarga ni kena rogol, dan bunuh baru korang ambil tindakan ke apa?..
Quote Goodluckdontcry 2-11-2022 10:51 PM
Mmg serabut dan sakit hati kalau ada jiran setempat berperangai cilaka..hidup jd tak tenteram disebabkan die sorg jer..kang klu dibedal plak, nanti org yg bedal kene tangkap..tahla susah betul nak hidup aman tenteram... mesti ada je yg perangai cilaka...benci tau.. benci
Quote kelip2_07 3-11-2022 08:31 AM
nape jemur brg dlm luar umah?
Quote RinIna 3-11-2022 10:10 AM
Tu sebab laki aku suruh sidai pakaian dalam tu kt dlm umah.. tkut jd ginilah.. aku pun segan kalau jiran2 tgok kita punya.. aku yg puan ni tertengok jiran punya pun malu.. inikan kalau jiran laki tgok.. hermm ko rasa?
Quote rosedemon 3-11-2022 10:16 AM
jiran dari neraka sape ada gmbar sebenar jiran ni mohon tepek di sini
Quote dekmieDandy 3-11-2022 10:19 AM
nanti mesti dapat lepas je

pastu si bodoh tu buat benda sama lagi
Quote Friska 3-11-2022 10:34 AM
Edited by Friska at 3-11-2022 10:35 AM

Kasus ini udah heboh pada 10 Oktober kelmaren.

Ini tritnya:

[VIDEO] Panas hati dituduh curi 'spender', dua beranak baling batu ke rumah jiran
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5072209


[fbvlink]https://www.facebook.com/100052286019744/videos/pcb.3340433559509703/941102856847898[/fbvlink]
[fbvlink]https://www.facebook.com/100052286019744/videos/pcb.3340433559509703/1182114189009587[/fbvlink]
Quote Friska 3-11-2022 12:05 PM




Quote Omai 3-11-2022 01:52 PM
jijiknye lahai
Quote felinecat 3-11-2022 01:56 PM
Budak ni viral kan lama dh, polis baru ambil tindakan. Scary betul.. Agaknye die sidai kt tepi ruamh ampaian biasa, tp jiran hamlau ni curi.. Ramai salahkan die sbb sidai spender tu, padahal diorg ni mangsa.. Aku pon xsuka sidai dlm rumah, mesti kt beranda/balkoni.. Takut kepam
Quote sukacactus 6-11-2022 11:14 PM
Tak best woo dok rumah sdr tapi rasa xselamat, sian diorang
Kalau ada modal lebih, buat la ampaian tertutup pakai polycarbonate clear tu ha
Org gila di mana2
Quote sangbara2020 7-11-2022 08:43 AM
kat area umah aku bdk2 mencuri pakaian sekolah
semalam tudung anak makcik ni kena tuko...ditukonya tudung dia yg kepam
mencarut makcik tu dlm grup...
anak aku dolu2 pun kena
la ni alhamdulillah xkena dh

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.057089 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top