CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Duduk Sebelah-Menyebelah, Shuk Sahar Dan Rossa Sera Sambut Hari Jadi Anak Sama-Sama

2-11-2022 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2588| Komen: 14

Sehingga kini masih belum ada kata putus tentang kesudahan hubungan pelawak Shuk Sahar dan isteri, Rossa Sera sama ada sudah kembali bersama atau masih tidak tinggal sebumbung selepas rumah tangga mereka dilanda kontroversi sebelum ini.


Bagaimanapun perkongsian terbaharu pasangan ini di laman sosial masing-masing mendapat perhatian peminat apabila mereka dilihat bersama-sama meraikan ulang tahun kelahiran keenam anak sulung mereka, Nur Qurratu Ain.



Duduk bersama dalam majlis tersebut, ramai membuat spekulasi mengenai hubungan Shuk dan Sera atau mereka hanya berhubung demi anak-anak kesayangan.

Ada pula berharap kemunculan mereka bersama dalam majlis tersebut sebagai petanda hubungan mereka sudah kembali jernih.




Menerusi ruang komen, rata-rata netizen memuji sikap mereka berdua dan mendoakan agar Shuk dan Sera kembali berbaik sebagai suami isteri.

"Dah tahu dah Sera dan Shuk sudah rujuk. Harap baik-baik sahaja.

"Seronok tengok macam ini. Keluarga bersatu bahagia. Semoga jodoh Sera dan Shuk berpanjangan.

"Happy tengok Sera dan Shuk, semoga kalian bahagia hingga ke jannah," komen netizen.



Sebelum ini, Sera pernah memuat naik rakaman kenangan bersama Shuk dan anak-anak semasa menghantar pelawak itu mengerjakan ibadah umrah.

Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berusia dua tahun.



Sera sebelum ini pernah mendedahkan sudah memfailkan penceraian terhadap Shuk pada November tahun lalu namun status perkahwinan pasangan itu masih menjadi tanda tanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 2-11-2022 05:35 PM
SAMPAH. Meratap melolong, buat video, hujung-hujung hadap jugak kotey sipot babi si gundu ni yang dah celop2 kat bohsia...
Quote eyansss 2-11-2022 07:13 PM
Dah tahu dah Sera dan Shuk sudah rujuk


sebila diorang cerai?  aneh2 aje netizen ni…  kalau cakap berbaik tu ok la lagi…  anyway, lepas ni toksah layan dah dedua mangkak ni…  sama je poyo benak…  ni skendel ko tak meroyan ke shuk oiii ko seleburit besday anak?  ke skendel dah lari sebab ko dah tak berduit sangat macam dulu?
Quote eyansss 2-11-2022 07:14 PM
prince_marhaen replied at 2-11-2022 05:35 PM
SAMPAH. Meratap melolong, buat video, hujung-hujung hadap jugak kotey sipot babi si gundu ni yang da ...

haipppp...  apa ni tak happy hubungan rumahtangga diorang dah selamat ~ kata nurtizen otak sama level ngan kapel ni...  hahahaha...
Quote DeLuna85 2-11-2022 09:09 PM
Alhamdulillah kalau berbaik. Tapi cek betul2. Takut bawak penyakit.
Quote anony-mous 2-11-2022 10:19 PM
eyansss replied at 2-11-2022 07:13 PM
sebila diorang cerai?  aneh2 aje netizen ni…  kalau cakap berbaik tu ok la lagi…  anyway, lepas  ...

Kan ada yg video pegi mahkamah  tu. Mgkin sbb tu la kot org syak dia dah cerai
Quote pocongkiutss 2-11-2022 10:29 PM
Farah shuk terbakoooo
Quote rosedemon 3-11-2022 10:27 AM
g mati la kome dua
Quote puanyuzi 4-11-2022 10:49 AM
dah elok2 lawo time syuk xde, lepas tu hodoh balik
Quote jijilaaa 4-11-2022 10:51 AM
sok2 mengandung la tuuu
Quote laksmanabentan 4-11-2022 11:13 AM
rujuk ler la senang....
aman damai...
kan masih cinta kannn...
Quote marchikobonzo 4-11-2022 11:23 AM
Kalau sayang kawin je la balik
Quote manehnya 4-11-2022 11:30 AM
percaya je lah
Quote tompie 4-11-2022 11:46 AM
Sayang mungkin dah tak 100%, tapi sebabkan anak2.
lagipun bini dia pun bukan keje kan.. still harap Syuk bagi nafkah.

Unless kalau dapat tangkap laki2 yang kaya yang nak amik buat bini ahh.. kompom syuk kena tendang lama dah.
Quote Nurkaseh01 28-3-2023 01:50 AM
Ingat kan dah cerai

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.042086 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top