CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Dikecam, Tengah Buat Pembedahan Sibuk Nak Buat Live TikTok

2-11-2022 05:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 821| Komen: 1

BANGKOK – Seorang doktor di Thailand menjadi mangsa kecaman netizen selepas membuat siaran langsung menggunakan laman TikTok ketika melakukan pembedahan di sebuah dewan bedah, lapor laman berita Thaiger.


Rakaman siaran langsung itu dimuat naik oleh seorang pengguna di Twitter dengan keterangan: “Seminit lalu, seorang doktor menyiarkan siaran langsung semasa menguruskan pesakit di TikTok. Adakah ini sesuai?”

Beberapa pengguna mendedahkan bahawa mereka pernah melihat video perubatan secara langsung sebelum ini tetapi ia disiarkan oleh klinik kecantikan dan pusat pembedahan kosmetik.




Pengguna lain berkata, video seperti itu boleh diterima kerana pesakit bersetuju dipaparkan dalam video untuk mendapat diskaun dan membuat rumusan. 

Bagaimanapun, tangkap layar siaran langsung tersebut menunjukkan bahawa pembedahan itu dijalankan pada pukul 3 pagi (waktu tempatan). Netizen membuat spekulasi bahawa ia merupakan operasi kecemasan.

Saluran televisyen Amarin TV melaporkan, doktor itu kemudian memohon maaf atas tindakannya di ruangan komen dalam video tersebut.


“Saya ingin memohon maaf kerana membuat siaran langsung pembedahan kerana menyangka wajah pesakit dan proses pembedahan tidak ditayangkan dalam video.

“Ia adalah silap saya. Saya memohon maaf kepada semua orang atas perkara ini,” katanya. Identiti doktor berkenaan dan akaun TikToknya belum dilaporkan.

Setiausaha Tetap Majlis Perubatan Thailand, Ittaporn Kanacharoen memaklumkan di Facebook bahawa badan tersebut sedia maklum berhubung isu itu. Beliau berkata, pegawainya akan menyiasat kes itu dan menghukum doktor tersebut mengikut Akta Profesion Perubatan.

Ittiporn juga menggesa netizen berkongsi maklumat mengenai doktor itu melalui Facebook. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 3-11-2022 10:15 AM
bataknya sume duk batak socmed. batak batak

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.047900 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top