CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sungai Buloh Trending, Netizen Mahu Hans Isaac Lawan Khairy Jamaluddin

2-11-2022 04:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3645| Komen: 33

Pengumuman Khairy Jamaluddin sebagai calon yang akan bertanding di Parlimen Sungai Buloh mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini mengejutkan ramai pihak.


Mana tidaknya, Khairy atau sinonim dengan panggilan KJ sebelum ini cukup popular sebagai calon di Parlimen Rembau, Negeri Sembilan malah berjaya mempertahankan kerusi tersebut sejak 2008.

Selepas BN mengumumkan calon-calon bertanding pada malam Rabu, nama Sungai Buloh mula trending di laman Twitter yang bercakap tentang pemilihan KJ bertanding di parlimen berkenaan.


Foto: mStar

Apa yang menarik, ada dalam kalangan netizen melihat Ketua Cabang Ampang, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Hans Isaac sebagai calon paling layak berentap dengan KJ.

"Tolong letak Hans Isaac untuk lawan KL di Sungai Buloh... tiada lagi calon yang tidak dikenali!

"Pilih seseorang yang dekat dengan hati pengundi," komen seorang pengguna Twitter yang turut menyertakan tanda tag pemimpin PKR, Rafizi Ramli.

Hantaran tersebut mendapat respon pelbagai dalam kalangan netizen yang menyuarakan pendapat mereka tentang dunia politik dan PKR15.

Bukan sahaja kredibiliti kedua-duanya menjadi bualan malah rupa paras KJ dan Hans juga dikatakan menjadi penarik untuk memancing lebih ramai pengundi muda.

"Kita nak tarik pengundi muda. Mungkin yang tak ramai sokong pun boleh sokong... percayalah.

"Hans Isaac vs KJ? Wah! Dah jadi manhunt contest ni. Dua-dua kacak... Public figure vs public figure, baru ngam!," komen netizen.

Dalam pada itu, netizen juga turut membandingkan kerjaya politik di antara kedua-duanya dan meramalkan agar sukar untuk Hans memenangi kerusi tersebut sekiranya PKR meletakkannya sebagai calon di Sungai Buloh.

Untuk rekod, Hans yang sebelum ini aktif dalam bidang seni sebagai pelakon dan penerbit mula melibatkan diri dalam arena politik sejak 2020. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 2-11-2022 06:59 PM
Ntah apa2 artis sebok nak Berpolitik.
Quote Fly_over 2-11-2022 07:01 PM
hans pmilihan dlm parti pn kalah bkali2..
Quote MatDeghem 2-11-2022 07:15 PM
Tok Han...bercinta pun gagal. Kena main dgn pompuan brape Kali. Kena goreng dgn neelopa berkali kali...jadi pilem producer pun gagal. Jadi hero pilem pun gagal . he is a big loser.
Quote PanadolExtend 2-11-2022 08:00 PM
Warga Twitter ni ingat undi based on rupa dan populariti ke?
Quote Pak.dolla 2-11-2022 08:06 PM
KJ okay jg...
Tp pokcik sorang tu target nk jd menteri penerangan kah atau menteri kebudayaan & kesenian? Harap x menang lah...
Quote codenamedream 2-11-2022 08:13 PM
Pak.dolla replied at 2-11-2022 08:06 PM
KJ okay jg...
Tp pokcik sorang tu target nk jd menteri penerangan kah atau menteri kebudayaan & kese ...


Bakal Menteri Pembangunan Wanita & Keluarga. Kerana dia sangat memahami kepayahan membentuk apatah lagi membangunkan Keluarga
Quote TomyamPuteh 2-11-2022 08:16 PM
Ni lah masalahnya bila 18 thn dh blh mengundi Pilih calon pakai nafsu, bkn pakai akal.
Quote Pak.dolla 2-11-2022 08:21 PM
codenamedream replied at 2-11-2022 12:13 PM
Bakal Menteri Pembangunan Wanita & Keluarga. Kerana dia sangat memahami kepayahan membentuk apatah ...

Hahahaha...bole le ex gf tumpang sekaki promote barang di kedai acheh?
Quote codenamedream 2-11-2022 08:31 PM
Pak.dolla replied at 2-11-2022 08:21 PM
Hahahaha...bole le ex gf tumpang sekaki promote barang di kedai acheh?

Semua program Wanita boleh buat talk "Beras Siapa Beli?" and ada booth kekedai Acheh ya.
Haifa bakal jadi maskot sembelit. Siap Ada live demo.
Confirm Hans mendonia bila jadi Menteri Wanita.
Quote Pak.dolla 2-11-2022 08:36 PM
codenamedream replied at 2-11-2022 12:31 PM
Semua program Wanita boleh buat talk "Beras Siapa Beli?" and ada booth kekedai Acheh ya.
Haifa bak ...

kahkahkah...bole le pakcik tu mencari jodoh sekali...
Quote codenamedream 2-11-2022 08:41 PM
Pak.dolla replied at 2-11-2022 08:36 PM
kahkahkah...bole le pakcik tu mencari jodoh sekali...

Rina Haron Ada. Single lagi.
Time Rina kena serahkan office kementerian kat Menteri baru. Mata bertentang Mata. Turun ke hati. Lalu ke usus. Tapi X keluar sebab sembelit.
Spark2 cinta pun berputik. Pastu Hans tolong Rina angkat barang. And the rest is history.

Ala2 drama pukul 7
Quote codenamedream 2-11-2022 08:42 PM
Pak.dolla replied at 2-11-2022 08:36 PM
kahkahkah...bole le pakcik tu mencari jodoh sekali...

Pak Dolla buat2 lupa ya nak PM pakcik code.
Quote likilu 2-11-2022 08:47 PM
Kenapa hans Isaacs kalau kita ada daddy topi demi ummah

Wife dia boleh gelek bagi menang. Malam malam buat show bontot bini
Quote Pak.dolla 2-11-2022 08:51 PM
codenamedream replied at 2-11-2022 12:41 PM
Rina Haron Ada. Single lagi.
Time Rina kena serahkan office kementerian kat Menteri baru. Mata be ...

Wah! Sungguh mengharukan perasaan...semoga depa berjodohan hahaha...lariiiii
Quote Pak.dolla 2-11-2022 08:54 PM
codenamedream replied at 2-11-2022 12:42 PM
Pak Dolla buat2 lupa ya nak PM pakcik code.

Aku ingat pak code...tp aku risau pm yg aku dh sent sampai ke mana...
Nnt aku cuba lagi...tggu gesa sampai..tp beberapa hari ni aku mcm xda mood haha..
Quote codenamedream 2-11-2022 09:01 PM
Pak.dolla replied at 2-11-2022 08:54 PM
Aku ingat pak code...tp aku risau pm yg aku dh sent sampai ke mana...
Nnt aku cuba lagi...tggu ges ...

Hahaha baik pak dolla. Minggu depan pak code tuntut
Quote Suchi 2-11-2022 09:25 PM
PanadolExtend replied at 2-11-2022 08:00 PM
Warga Twitter ni ingat undi based on rupa dan populariti ke?

Kan, camtu je level pemikiran ummah twitter yg claim terpaling bijok serba serbi padahal rata2nya otak weng jelaa

Quote Acikgomen 2-11-2022 09:41 PM
MatDeghem replied at 2-11-2022 07:15 PM
Tok Han...bercinta pun gagal. Kena main dgn pompuan brape Kali. Kena goreng dgn neelopa berkali kali ...

Tabaek ekkkkkkkk
Quote Acikgomen 2-11-2022 09:46 PM
Pak.dolla replied at 2-11-2022 08:06 PM
KJ okay jg...
Tp pokcik sorang tu target nk jd menteri penerangan kah atau menteri kebudayaan & kese ...

Kalo Hans betanding, dpt jadi menteri, mamposss mat deham muntah sepanjang tahun

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.042603 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top