CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Guna Kerusi Roda Kena Bayar, Wanita OKU Terpaksa Mengesot Nak Turun Dari Pesawat

2-11-2022 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1731| Komen: 9

Seorang wanita kurang upaya berdepan pengalaman ngeri apabila terpaksa mengesot turun dari pesawat kerana mendakwa tidak dibenarkan menggunakan kerusi roda secara percuma.


Natalie Curtis, dari Queensland, Australia, menaiki penerbangan tambang rendah Jetstar dari Townsville ke Bangkok dan singgah di di Singapura apabila insiden itu berlaku minggu lalu.

Curtis berkata dia ditawarkan kerusi roda untuk laluan dalam kapal terbang ketika menaiki pesawat itu di Singapura, tetapi apabila tiba di Thailand dia diminta membayar untuk kerusi roda lain untuk turun dari pesawat.


Foto: utube

"Saya betul-betul tak faham... saya tak akan bayar semata-mata untuk turun dari pesawat ini'," dia dipetik sebagai berkata.

Menurut Curtis dia tidak mempunyai pilihan selain turun ke lantai dan mengesot di sepanjang lorong pesawat menuju ke hadapan, bagi membolehkan dia mendapatkan kerusi rodanya sendiri.

Jelasnya, dia tidak pernah dicaj untuk menggunakan kerusi roda bagi mana-mana perjalanan sebelum ini.

Rakan Curtis, Natasha Elford, yang merakam kejadian itu, mengesahkan bahawa kakitangan tidak menawarkan bantuan untuk membawanya ke pintu.

Menurut Elford, dia tidak dapat membawa rakannya keluar dari pesawat kerana mengalami kecederaan lutut.

Curtis juga mengakui bahawa halangan bahasa mungkin menyebabkan timbul isu ini.

Bagaimanapun, dia berkata tiada alasan untuk anak kapal tidak membantunya.

Dalam pada itu pekerja syarikat penerbangan dimaklumkan bahawa kerusi roda lorong tidak tersedia untuk sekurang-kurangnya 40 minit selepas pesawat itu tiba di Bangkok.

Jetstar telah membuat permohonan maaf kepada Curtis dan menafikan bahawa kerusi lorong itu tak akan diberikan sehingga pembayaran dibuat.

"Kami memohon maaf kepada Ms Curtis atas pengalaman perjalannya bersama kami baru-baru ini. Kami komited untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang selamat dan selesa untuk semua pelanggan termasuk mereka yang memerlukan bantuan khusus.

"Malangnya Ms Curtis tidak mendapat layanan sewajarnya berikutan salah faham komunikasi yang mengakibatkan kelewatan kerusi lorong disediakan di pintu pagar semasa ketibaan," kata Jetstar dalam satu kenyataan. -CARI

Sumber: mStar Online/ India Times

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 2-11-2022 04:02 PM
Thailand pun mcm negera kapitalis cina....mcm tulah
Quote zarulnazmi 2-11-2022 04:40 PM
dah viral baru nak cakap masalah komunikasi, halangan bahasa dan sebagainya
Quote epullipan 2-11-2022 04:46 PM
alasan je tu masalah komunikasi..tak logik takkan tak bole speaking
Quote ladybugz 2-11-2022 06:51 PM
bab ni i puji MAS layanan utk penumpang yg memerlukan kerusi roda sgt tip top. air asia pun x kurang bagusnya.
Quote kakikuDibibirmu 2-11-2022 06:53 PM
Suster ngesot tersenyum sinis
Quote Samerosie 2-11-2022 06:57 PM
Jab, masa dia lalu kat aisle masa kat spore tu mmg guna wheelchair ke?  Boleh muat ke? Selama ni dia jalan macam mana? Tongkat ke atau own wheelchair juga yg usually they will keep kat depan.  Sampai mengesot drama sangat.
Quote Samerosie 2-11-2022 07:05 PM
One time masa i balik ke ozland naik AA ala2 premium seat tu adalah sekawan perempuan australien yg duduk next lane (ada 6 seats, dua my husband and i the rest geng dia semua gundurama). Flight after midnight so dalam 2-3 jam lepas took off semua org tidur minah gundu sebelah i ni tiba2 menjerit fire fire my seat is on fire.  Semua org terkebil2 tengok dia FA pun buka lampu my husband bangun tarik seat dia keluar (yes seats dia velcro je and fire retardant).  Ruoanya ada satu lighter menyala jatuh in between the seat dgn frame seat tu.  My husband tanya dia is this your lighter dia kata oh, yea my husband kata kenapa bawa masuk lighter bukan ke tak boleh.  Dia ckp imigresen tak confiscate pun.  Rupanya lighter ti dlm poket shorts dia, lighter jenis cricket yg click click tu, bila dia tertidur bergerak lighter terjatuh terselit dan agaknya sebab dia gundu, lemak bontot dia sudah tertekan lighter tu tu yg dia rasa panas bontot (haha no puns intended).  Lepas tu x cakap pun tq buat bodoh je kat kami.
Quote matamata 2-11-2022 07:31 PM
Whell chair ni tanggunghawab airport ka atau airline?
Tak salah aku tanggungjawab airport
Quote rosedemon 3-11-2022 10:13 AM
ksian. siam vongok gak ek

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.126401 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top