CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Annuar Musa Tubuh Parti Baharu, Muafakat Nasional?

2-11-2022 03:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4327| Komen: 69

PETALING JAYA – Selepas nama tidak tercalon untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), penyandang Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dipercayai telah menubuhkan sebuah parti baharu.


Menerusi satu hantaran di laman Facebook, parti baharu itu dinamakan dengan Muafakat Nasional dan turut disertakan beberapa keping gambar yang memaparkan logo, baju, senarai ahli parti serta surat pengesahan pendaftaran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Melalui gambar yang dimuat naik, kelihatan nama Annuar sebagai presiden parti berkenaan, manakala bekas Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Budiman Mohd Zohdi serta bekas setiausaha sulit Annuar, Datuk Mohammad Azam Ismail sebagai ahli jawatankuasa parti itu.


Foto: Kosmo


Dalam hantaran itu juga, Annuar berkata, walaupun dirinya terbuang, tetapi dia beliau harus kekal sebagai pejuang yang terbilang.

“Insya-Allah masih ada landasan untuk terus berkhidmat atas jalan kebaikan dan kebajikan, terutama mengajak kearah perpaduan dan penyatuan ummah.

“Islam dan umat Melayu harus kekal kuat dan berkuasa. Kita kuat jika bersatu padu. Berdiri dalam saf yg dipimpin dgn jelas halatuju, kepimpinan bermutu.

“Biarpun terbuang, harus kekal sebagai pejuang yg terbilang,” tulisnya.

Terdahulu semalam, Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan calon yang akan bertanding mewakili Parlimen Ketereh adalah Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 2-11-2022 03:38 PM
Tajudin dengan shahidan boleh daftar sementara belum ada ahli majlis tertinggi lagi
Quote kucingitam 2-11-2022 03:40 PM
berapa banyak parti mau daa.....
Quote Simunggu 2-11-2022 03:40 PM
pula...tak kan nak buka meja baru..
Quote Lista 2-11-2022 03:41 PM
Cepatnya buat parti baru.
Quote bakingsoda 2-11-2022 03:42 PM
PH senyum sinis
Quote sharlenetexas 2-11-2022 03:42 PM
Tah* (dicampak)


Quote sepiITUindah 2-11-2022 03:43 PM
dalam pada tu dok laung soh melayu bersatu  
Quote ifanonline 2-11-2022 03:43 PM
parti puting panjang
Quote nellyberry 2-11-2022 03:46 PM
Iols dah confuse dgn parti politik skrg, banyak benor.
Kalau dah mcm ni, nampak mmg tak stabil lagi la politik negara.
Ni kes masing-masing nak kuasa dan kekayaan.
Quote kakikuDibibirmu 2-11-2022 03:57 PM
Tahi (dilempar)
Quote zamzam 2-11-2022 04:00 PM
Bukak parti baru terus jd presiden. Tapi.... Xder warna lain selain biru?
Quote ifanonline 2-11-2022 04:00 PM
bagus ada banyak parti ni...dier semacam menu makanan..pelanggan akan pilih yg mana sedap
Quote kakikuDibibirmu 2-11-2022 04:02 PM
Paling sedap siakap tiga rasa, nyum nyum nyum
Quote ezacbee 2-11-2022 04:04 PM
Dahler color biru.. Tukar lah color lain.
Quote arnauld 2-11-2022 04:17 PM
kakikuDibibirmu replied at 2-11-2022 03:57 PM
Tahi (dilempar)

You winnn! Pakai avatar yg kaki kat tv tu la hahaha
Quote arnauld 2-11-2022 04:20 PM
Dia ni dgn hamzah gang satu alumni, hari ni hntr ros semalam hamzah approve, hampesss
Quote Rdizz 2-11-2022 04:30 PM
arnauld replied at 2-11-2022 04:20 PM
Dia ni dgn hamzah gang satu alumni, hari ni hntr ros semalam hamzah approve, hampesss

Ha'a cepat benor ros lulus, geng kamcing nih. Hr tu ros cantas byk ngo termasuk persatuan sek aku pun kojol.
Quote AbukRokok 2-11-2022 04:55 PM
annur dah lama rancang
korg je yg lalai
Quote kakikuDibibirmu 2-11-2022 04:58 PM
Tazzabar nak tunggu imam mahadir

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.094449 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top