CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Malaysia Nyaris Kena Lockdown Dalam Disney Resort Shanghai, Dapat Mesej 'Jangan Datang Kerja’

2-11-2022 02:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1113| Komen: 2

Seorang rakyat Malaysia yang bertugas di Shanghai, China berdepan detik cemas susulan insiden ribuan pengunjung 'terperangkap' dalam Disney Resort Shanghai.

Taman tema itu menjadi tajuk berita dunia apabila ia menghentikan operasi serta-merta dalam mematuhi langkah pencegahan Covid-19 bermula Isnin.

Kerajaan Shanghai menerusi akaun WeChat rasminya memberitahu taman tema itu menghalang orang ramai daripada masuk atau keluar,dan semua pelawat perlu menunggu ujian Covid-19, dan hanya dibenarkan beredar sekiranya keputusan adalah negatif.


Foto: mStar

Pihak berkuasa juga meminta orang ramai yang melawat taman tema itu sejak 27 Oktober untuk melakukan ujian Covid-19 selama tiga hari berturut-turut.


Bercakap kepada mStar, pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Tan berkata, dia sering ke Disney Resort Shanghai dan kali terakhir dia mengunjunginya pada 28 Oktober.

"Saya sering berkunjung ke Disney Resort Shanghai kerana mempunyai pas tahunan dengan akses tanpa had. Biasanya saya pergi ke sana setiap dua minggu sekali dan perjalanan mengambil masa hanya sejam dengan menaiki tren.

"Pada Jumaat (28 Oktober), saya ke sana selepas waktu kerja bagi menyaksikan pertunjukan bunga api sempena Halloween. Saya bernasib baik datang beberapa hari sebelum Isnin.

"Jika tidak, saya mungkin 'terperangkap' bersama pengunjung lain untuk melakukan ujian Covid-19 sebelum dibenarkan keluar. Tidak dapat saya bayangkan berada dalam situasi itu," kata pemuda berusia 30an itu ketika dihubungi mStar.

Tan yang merupakan anak kelahiran Johor berkata, berita membabitkan satu kes Covid-19 di taman tema itu bertiup kencang sejak Isnin selain pemberitahuan mengenai sesiapa yang mengunjunginya sejak 27 Oktober perlu melakukan ujian Covid-19.

Susulan itu, menurutnya, dia menerima notifikasi daripada syarikatnya pada Selasa meminta semua kakitangan yang berkunjung ke Disney Resort Shanghai sejak tarikh itu supaya tidak perlu datang ke tempat kerja, sebaliknya menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Tan yang berkhidmat dalam bidang ekonomi di China sejak empat tahun lalu memberitahu, syarikatnya memaklumkan bahawa arahan itu mengikut keperluan pihak berkuasa pencegahan dan kawalan wabak, dan pelaksanaan pengurusan kesihatan yang berkaitan.

"Saya menjalani kuarantin kendiri di rumah dan melakukan ujian Covid-19. Syukur kesemua ujian Covid-19 saya menunjukkan keputusan negatif.

"Saya juga dibenarkan kembali ke tempat kerja kerana QR Code saya bagi contact tracing (pengesanan kontak rapat kepada kes positif) menunjukkan warna hijau, iaitu tiada risiko jangkitan Covid-19 tetapi tetap perlu mengamalkan langkah pencegahan," katanya yang menetap di Songjiang, Shanghai.

Walau bagaimanapun, Tan yang kali terakhir pulang ke Malaysia pada September 2020 tidak berasa terkejut dengan penutupan operasi Disney Resort Shanghai akibat Covid-19.

"Taman tema itu sebelum ini pernah tutup pada November tahun lalu. Tambahan pula di China, langkah-langkah pencegahan Covid-19 terus diperketatkan.

"Kami masih memakai pelitup muka. Saya bernasib baik juga kerana patuh dengan prosedur dengan memakainya ketika berada di Disney Resort," katanya yang merancang untuk pulang ke tanah air pada Januari tahun depan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Sabtu lalu, Disney Shanghai Resort memaklumkan mengurangkan tenaga kerja dan memendekkan waktu operasi dalam mematuhi langkah keselamatan Covid-19.

Shanghai melaporkan 10 kes penularan wabak Covid-19 tidak bergejala pada 30 Oktober.

Dilaporkan taman tema itu pernah ditutup selama dua hari pada November tahun lalu yang menyaksikan lebih 30,000 pengunjung terperangkap di dalam. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 2-11-2022 02:55 PM
".. katanya yang merancang untuk pulang ke tanah air pada Januari tahun depan sempena sambutan Tahun Baharu Cina..."

LEPAS TU BAWAK BALIK PENYAKITTTTTTTTT.... duduk sana diam-diam je lahhhh
Quote rosedemon 3-11-2022 10:12 AM
china tanah besor ko tak payh nk dtg sini ya even ko rkyat mlysia puiii pembawa pyakit

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.035790 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top