Selebriti terkenal Korea Selatan, Yoo Ah In dituduh sebagai punca berlakunya kekecohan pada malam perayaan Halloween yang mengorbankan 151 nyawa pada 29 Oktober lalu.
Khabar angin mengaitkan pelakon itu mula diperkatakan apabila pengunjung yang berkerumun di tempat kejadian mendakwa mereka melihat kelibat Yoo dalam keramaian dia Itaewon. Disebabkan kelibat Yoo kecoh diperkatakan, ramai cuba mengejar dan mendekatinya sebelum berlaku rempuhan dan pengunjung jatuh ke lantai sehingga menyebabkan kekecohan sehingga meragut banyak nyawa. Yoo Ah In tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut
Bagaimanapun syarikat pengurusan selebriti berkenaan menyangkal dakwaan tersebut dan menjelaskan Yoo tidak berada di Itaewon pada malam kejadian. Sebaliknya, Yoo berada di luar negara atas urusan kerja dan sehingga ke hari ini masih belum pulang ke Seoul. "Yoo Ah In tidak berada di Korea sejak 29 Oktober lalu dan bagaimana pula timbul cerita kononnya dia berada di Itaewon dan menyambut Halloween? "Dia berada di luar negara atas urusan kerja dan sehinga hari ini masih belum pulang ke Korea Selatan," katanya seperti dilaporkan Allkpop. Agensi selebriti itu bagaimanapun tidak mendedahkan keberadaan sebenar Yoo ketika ini selain selebriti itu masih mendiamkan diri berhubung dakwaan berkenaan. -CARI Sumber: mStar Online
|
Nham22 replied at 2-11-2022 02:11 PM
Tgk boy band kpop yg latest gen3 lg tajam muka...pelik2x muka depa masing2x...rahang mmg depa potong ...
noor2 replied at 2-11-2022 02:05 PM
Pelik2 muka artis kpop ni....plastik abis..hidung pun layen macam
Nham22 replied at 2-11-2022 02:15 PM
Ni laa masalah fans or rakyat korea... Dh salah sendirikkk nak carikk salah org... Abes orang lain s ...
Nham22 replied at 2-11-2022 02:15 PM
Ni laa masalah fans or rakyat korea... Dh salah sendirikkk nak carikk salah org... Abes orang lain s ...
ADVERTISEMENT