Sejak diserang angin ahmar tahun lalu, pengarah Azizi Chunk kurang aktif dalam bidang seni. Ini disebabkan penyakit berkenaan menyebabkan bahagian kiri tubuhnya tidak boleh bergerak, sekali gus membataskan aktiviti hariannya sebagai seorang pengarah.
Bagaimanapun, keadaan kesihatan Azizi semakin stabil selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di ibu negara sebelum ini. Atas dasar prihatin dan sokongan kerjaan kepada penggiat seni, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengambil inisiatif menziarahi Azizi di kediamannya di Petaling Jaya pada Selasa.
Kunjungan tersebut turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Profesor Dr. Md. Nasir Ibrahim bersama beberapa kakitangan perbadanan itu bagi mengetahuip perkembangan terkini Azizi. Berkongsi keadaan terkini pengarah berkenaan, Md. Nasir berkata, kesihatan Azizi, 48, semakin beransur pulih dan kelihatan ceria ketika kunjungan mereka. "Syukur melihat keadaan Azizi kini semakin beransur pulih. "Program sebegini sebenarnya merupakan tanda prihatin dan sokongan pihak Finas kepada penggiat seni kreatif. Ada antara mereka yang sebelum ini pernah ditimpa musibah seperti sakit sebegini," ujarnya. Loading FB Post... Sempena lawatan tersebut juga pihak Finas menyerahkan sumbangan wang tunai bagi meringankan beban Azizi sekeluarga. Untuk rekod, Azizi sebelum ini pernah mengarahkan beberapa karya seperti Antoo Fighter dan 10 Tips Tipu Bini. Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT