Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa menukar calon Sungai Buloh sebaik Barisan Nasional (BN) menamakan Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk bertanding di kawasan Parlimen berkenaan.
Gesaan itu timbul selepas satu hantaran dimuat naik pemilik akaun Twitter, The_Mamu yang kemudian mendapat balasan pengikut Pakatan Harapan. Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli akan berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung calon parti itu untuk bertanding di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Katanya, keputusan akhir di tangan Anwar sebagai presiden parti. Walaupun tidak menyebut sebab, namun ia dipercayai berkaitan dengan keputusan Barisan Nasional (BN) menamakan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk bertanding di situ pada PRU15. Sumber: KOSMO! ONLINE |
Kak-Rohana replied at 2-11-2022 01:59 PM
Letak Hannah Yeoh lwn Kj le baru boleh dpt title “the next PM” kalau menang! Setakat menang Rembau ...
Kak-Rohana replied at 2-11-2022 01:59 PM
Letak Hannah Yeoh lwn Kj le baru boleh dpt title “the next PM” kalau menang! Setakat menang Rembau ...
pokokbunga replied at 2-11-2022 07:32 PM
Sape boleh tlg jwbkan, sape calon PH utk sg buloh ni?
mojarean_X replied at 2-11-2022 07:41 PM
Peliklah kalo 70% pengundi sg buloh yg melayu tu undi calon PKR. Dh dpt calon melayu dari BN. Kj pul ...
ADVERTISEMENT