Caprice baru-baru ini berkongsi tangkap layar perbualan yang dikirim seorang individu di Instagram memintanya mengulas isu mengenai penyanyi, Ning Baizura yang didakwa menyokong golongan songsang.
Menerusi hantaran tersebut, penyanyi rap berusia 34 tahun itu menyatakan bahawa ramai yang telah menghubunginya mengenai isu ini. Menerusi kiriman individu itu, Ning menyuarakan pendapatnya bahawa golongan terbabit perlu mempunyai wakil untuk menyuarakan tentang hak dan identiti gender dalam sebuah ruangan komen.
Menjengah ke ruangan profil Instagram Ning, didapati dia memuat naik beberapa hantaran mengenai golongan ‘pelangi’. Meninjau di ruangan komen hantaran-hantaran Ning, dilihat ramai individu yang bersetuju dengan pandangannya. Namun, tidak kurang juga ada segelintir yang mengecam tindakan Ning dan mendakwa dia sudah terpesong. Sumber: Xtra |
Quinharley replied at 2-11-2022 01:55 PM
Sadang-sadang tah kau eh. semua kan kau sibukkan
Itzy replied at 2-11-2022 02:05 PM
sesiapa yg rasa kesian, menyokong geng2 laknat ni, maka akan dilaknat Allah di dunia dan di akhirat, ...
ADVERTISEMENT