CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Masak Dan Makan Labi-Labi Penyebab Jari Tangannya Hampir Putus!

2-11-2022 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1432| Komen: 14

BANGKOK – Seorang lelaki cedera digigit seekor labi-labi liar ketika cuba menangkapnya di sebatang sungai dalam wilayah Kanchanaburi, barat Thailand, lapor laman berita Thaiger.


Anggota penyelamat bergegas ke daerah Tha Maka selepas menerima laporan mengenai seorang individu digigit oleh labi-labi.

Setelah tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati Prayap, 60, terbaring di atas tanah, menangis kesakitan dan dalam keadaan terkejut. Labi-labi itu masih menggigit tangannya dan tidak mahu berganjak.

Pekerja-pekerja penyelamat mengambil masa 10 minit untuk melepaskan jari Payap dari rahang labi-labi itu tetapi mangsa mengalami kecederaan.

Foto: Thaiger


Jari tengah Prayap cedera teruk dan pekerja penyelamat berkata bahawa ia perlu dipotong. Namun, pihak hospital berjaya menyambung semula jari yang hampir putus itu dengan 10 jahitan.

Menurut Prayap, dia pergi ke sungai untuk menangkap labi-labi supaya dapat dijinakkan. Dia cuba memberi ia makan dan menyediakan tangki air untuk menempatkannya.

Bagaimanapun, labi-labi itu menyerang Prayap sebaik sahaja dia mengambilnya. Dia cuba melepaskan gigitan tetapi tidak berjaya dan meminta bantuan daripada Yayasan Khun Rattanawut.

Labi-labi itu mati dalam proses mengeluarkan jari Prayap. Apabila pulang dari hospital, dia bersama keluarga memasak haiwan itu dan memakannya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 2-11-2022 01:27 PM
Ngeri sebelum ia kena ngap dingankan dulu yang nak makan ia
Quote noor2 2-11-2022 01:29 PM
Nenek aku kata ...labi2 akan lepas gigitan jika terdengar guruh berdentum...kalau x de sampai putus la jari kau dia gigit
Quote Adrif 2-11-2022 01:33 PM
noor2 replied at 2-11-2022 01:29 PM
Nenek aku kata ...labi2 akan lepas gigitan jika terdengar guruh berdentum...kalau x de sampai putus  ...

first time dengar part guruh tu. mana tau tips tu berguna in case emergency.
kalau pasang bunyi guruh kilat kat youtube, jadi tak agaknya
Quote greantea 2-11-2022 01:40 PM
Apabila pulang dari hospital, dia bersama keluarga memasak haiwan itu dan memakannya. - sweet revenge, puashati aku, katanya.
Quote sharlenetexas 2-11-2022 01:42 PM
Padan muka!


Quote noor2 2-11-2022 01:54 PM
Adrif replied at 2-11-2022 01:33 PM
first time dengar part guruh tu. mana tau tips tu berguna in case emergency.
kalau pasang bunyi gu ...

X tau la betul ke x..sebab masa kecik2 bnyk labi2 kat sg kg akak...arwah nenek selalu pesan hati2 dgn labi2 sb kalau dia gigit jari akan putus kata nenek...dia akan lepaskan jika dgr bunyi guruh...


Quote Perawankota 2-11-2022 07:22 PM
Geli tau labi2 ni.. Tapi kaum sepet suka makan.. Dulu2 my exbf suka gi memancing.. Klu kebetulan mengena labi2 ni, dia amik pi jual..
Quote mbhcsf 2-11-2022 07:35 PM
Edited by mbhcsf at 2-11-2022 07:37 PM

hey ..manusia sorry i used hey

jahatnya ..makan labi labi , commonlah ....kesian labi2 tu meninggal.

ya ALLAH , tak ke betretika  dok hentam semua makanan haiwan berkaki atau semua jenis animal kingdom ?
kita ni manusia...ada tatapanduan dah nak pilih ape juzuk makanan yg ssuai untuk jasad kita....aiyoooo...man ...tak terfikir ke logically?

wei makanan dalam dunai ni untuk manusia makhluk yg istimewa cipataan ALLAH ena ade etika lah bab makanan , ape pasal semua makanan laut dan sungai yg edible and safe  you nak ambik labi...

zalim lah kat lelabi

i hope pejuang hak haiwan bising sikit...



Quote rosedemon 3-11-2022 10:11 AM
adan ukeeeeeeeeeeee
Quote pasa 3-11-2022 10:19 AM
ummah israel pun tak makan labi-labi tuntung, korang jgn la makan labi-labi, Ummah kosher tak makan labi-labi ye nok.
Quote virgocircus 3-11-2022 10:20 AM
Balas.dendam dgn haiwan. Lol
Quote ainonymous 3-11-2022 10:55 AM
kira dia makan bangkai labi-labi la kan sebab by the time kena selamatkan tu, labi-labi dah mati. yg ko hadap sgt nak jinakkan labi-labi tu kenapa pak maunnn
Quote kemaruk 3-11-2022 11:04 AM
sian laba-babi  
Quote pembacagosip 3-11-2022 11:23 AM
yang aneh2 aja

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.052922 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top