CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Hanya Mampu Beri Nafkah RM10 Seminggu, Itu Pun Selalu Tertunggak

2-11-2022 01:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1021| Komen: 7

Seorang suami mengaku tidak mampu memberikan nafkah seperti yang dituntut si isteri.

Menurut sumber Puan Suriati Ghani, kisah yang berlaku di mahkamah syariah itu menyaksikan lelaki berkenaan dikatakan hanya mampu memberikan nafkah sebanyak RM10 seminggu kepada si isteri. 


Namun tetap tertunggak kerana pendapatannya kecil.

Gambar Hiasan

"Saya pernah berjumpa dengan seorang wanita atau isteri yang lain, selain berniaga online, beliau turut membawa grab untuk menampung nafkah diri sendiri dan anak-anak, terpaksa membuat lebih dari 1 pekerjaan kerana suami abaikan nafkah beliau dan anak.


Memang pada masa datang berjumpa saya, nampak keadaannya letih, baru selesai hantar pelanggan dan terus datang jumpa saya untuk mengadu masalah. Katanya beliau pernah bawa grab hingga larut malam."




Puan Suriati Ghani berpendapat seseorang individu lebih-lebih lagi lelaki yang mempunyai tubuh badan sihat seharusnya bekerja mencari pendapatan lebih untuk menampung keperluan diri dan keluarga.

"Jika orang lain boleh bekerja lebih masa untuk mencari pendapatan lebih untuk keluarga, tambahan pulak perempuan, kenapa lelaki yang sihat tubuh badannya tak boleh? Di mahkamah pun beliau mengaku beliau masih sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit.

Berikutan daripada itu, Puan Suriati Ghani mendoakan agar lelaki tersebut dimurahkan rezeki supaya dapat membayar tuntutan nafkah tertunggak isteri yang akan diputuskan kelak. -CARI

Sumber: Puan Suriati Ghani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 2-11-2022 01:43 PM
Rm10 seminggu nak beli apa
Quote Kitty_catz 2-11-2022 01:51 PM
ex laki sakit kote tu... if keja lebih nanti kotenya berdenyut nyut nyutt aaa gichewwwww
Quote Lista 2-11-2022 02:27 PM
Edited by Lista at 2-11-2022 02:44 PM

Cakap jelahhh malas nak bayar nafkah..
Kalau ada hati perut takde sampai hati nak bayar banyak tu.
Jantan bacul kahwin tak sabar nak pulun atas katil tapi dah ada anak buat2 tak reti bayar nafkah..
Jantan2 mcmni lebih teruk dari anjing kurap.
Anjing takde akal pun sanggup redah cari makan kat jalanan utk anak2nya.
10 ringgit apa yg kenyang utk anak2...
Anak takde harga diri dari pandangan jantan bacul ni!
Geram aku!



Quote R2D2 2-11-2022 02:37 PM
syoknya jadi Wartawan CARi
sumber berita dari sumber2 lain ja
FB etc
tak perlu cari berita di luar
kemudian tempek dlm CI
kononnya isu semasa
tak ada org ada kuasa sakti utk LOCK thread
Quote krustykrab 2-11-2022 02:48 PM
R2D2 replied at 2-11-2022 02:37 PM
syoknya jadi Wartawan CARi
sumber berita dari sumber2 lain ja
FB etc

Gitulah wartawan gred belaksng
Quote pearl.silver 2-11-2022 02:53 PM
Lista replied at 2-11-2022 02:27 PM
Cakap jelahhh malas nak bayar nafkah..
Kalau ada hati perut takde sampai hati nak bayar banyak tu.
J ...

Masalahnya kdg2 tu mmg perempuan saja cari penyakit
Sblum kawen lg dah tau laki tu xrajin bekerja
Tp sbb cinta dia telan semua alasan laki tu
Pas kawen nnt bie akn kerja keras utk kita berdua
Last2 ko fikir biawak tu nk kerja cr duit x pas kawen

Puihh
Quote sayawifenikmie 2-11-2022 02:53 PM
pasangan dalam cerita ni dah cerai ke apa?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.179395 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top