CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Spiderman Dan Rakan-rakan Tangkap Pengedar Dadah

2-11-2022 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 843| Komen: 2

Sekumpulan anggota polis yang menyamar dengan mengenakan kostum adiwira berjaya menahan sekeluarga yang dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah.

Ejen, yang menyamar sebagai Spiderman, Captain America, Thor, dan Catwoman memasuki rumah keluarga yang didakwa pengedar dadah dengan memecahkan pintu rumah mereka dengan tukul.


AFP

Pihak berkuasa tempatan melaporkan pakaian itu digunakan supaya kehadiran pegawai antidadah tidak disedari oleh penduduk.

Pegawai juga berpura-pura menjadi penghibur yang menghadiri pertunjukan di sekolah berhampiran.


Kolonel polis yang bertanggungjawab dalam operasi David Villanueva berkata, keluarga itu terbabit dalam pengkomersialan mikro dadah dan rompakan telefon bimbit.

"Di hartanah ini, seluruh keluarga terbabit dalam pengkomersialan mikro dadah. Ibu, bapa, dan anak-anak juga pergi menjual (dadah) di taman berhampiran, tetapi pada waktu mereka tidak menjual, mereka keluar ke jalan berhampiran dan mencuri telefon bimbit," katanya.


AFP

Empat individu telah ditahan dalam operasi yang dikenali sebagai 'Marvel'.

Peru adalah pengeluar daun koka dan kokain kedua terbesar selepas negara jiran Colombia.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 2-11-2022 01:02 PM
gemuk2 superhero. mesti banyak makan ayam penyet dan bakso kontol
Quote Artemesiaa 2-11-2022 01:08 PM
Selalu orang jual mangga balang tepi jalan je suka pakai baju macam tu mungkin sebab tu si pesalah tak perasan ada yang memerhati

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.045375 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top