CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dia Buat Step Kuda Bersorak," Azhan Rani Bongkar Cerita Sebenar Lutut Elly Mazlein 'Meletup'

2-11-2022 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2505| Komen: 5

Elly Mazlein baru-baru ini mengejutkan ramai pihak apabila mengalami kecederaan ketika menjalankan set penggambaran.

Elly atau lebih mesra disapa Kak Kepom berkongsi berita berkenaan menerusi hantaran di Instagram miliknya telah meraih perhatian ramai.

Foto: IG

“Apabila tak di sangka-sangka. Thank you ma love @budakijat @radiusone_official, En. Fazli, Ez. Sham, Artis & crew team manjakan Kepom sangat.

“Tolong Kepom siap letak spray la ais la beli itu ni la untuk si budak lutut yang meletop ni, siap panggil orang physiotheraphy datang check lutut, thank you, thank you, thank you. Alhamdulillah tak serius .. cuma jalan tu agak tak mcm Miss World la dik.,” tulisnya di ruang kapsyen.




Susulan itu, pelakon Azhan Rani yang juga berada di set penggambaran sama tampil mendedahkan punca sebenar disebalik kecederaan lutut yang dialami oleh pengacara TV versatil itu.

Menurut Azhan, Kak Kepom tersalah step ketika bersorak semasa membuat penggambaran terakhir di tengah lewat malam.



“Inilah punca dia. Gambar ni sebelum kejadian kaki Kepom kesayangan Malaysia ni meletop. Time ni dah lewat malam jugak nak buat scene terakhir ni. Dia macam biasa la energy macam kat GV tu buat step kuda bersorak tiba-tiba kaki dia meletop.

“Terduduk terus. Lepas bagi rehat, team produksi hembus-hembus sikit, bagi dia makan coklat pastu dia sambung lagi scene tu macam tak ada apa-apa.

“Semalam kat set ni dah terjingkut-jingkut. Produksi siap panggil team physiotherapist datang buat alignment balik kat kaki Kepom,” katanya.

Dalam pada itu, Azhan sempat mengusik Kak Kepom untuk menggunakan kerusi roda demi menjalankan tugasnya sebagai pengacara di sebuah program realiti nyanyian terkemuka, namun tidak menyangka selebriti ini mengikuti cadangannya.



“Masa tu dah cakap dah macam mana nanti kat GV. Saja main-main cakap why not nanti pakai je wheelchair kalau susah sangat. Nukan senang nak tengok host live pakai wheelchair kat TV.

“On the way aku balik dari set drama #gilaviral ni dah nampak kat feed dia buat hal atas stage dengan wheelchair. Kepom memang fighter! #salute,” ujarnya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 2-11-2022 01:24 PM
“Semalam kat set ni dah terjingkut-jingkut. Produksi siap panggil team physiotherapist datang buat alignment balik kat kaki Kepom,” katanya.


baguih panggil physio
ada orang dok hantar ke chiro la, tukang urut la.. bahaya woo

better doktor, klinik, hospital, physio kalau sakit2 badan ni
Quote Perawankota 2-11-2022 03:35 PM
Chirp tu sebenarnya tak elok ke?
Quote rosedemon 3-11-2022 10:21 AM
ooo yeke gitu kesahnya tp siapa yg kesahhhhh
Quote slyfynx 3-11-2022 10:28 AM
Perawankota replied at 2-11-2022 03:35 PM
Chirp tu sebenarnya tak elok ke?

Jenuh aku cube pahamkan chirp tu tarian ape.
Chiro rupenye
Quote Perawankota 3-11-2022 12:46 PM
slyfynx replied at 3-11-2022 10:28 AM
Jenuh aku cube pahamkan chirp tu tarian ape.
Chiro rupenye

Maafin.. Kadang laju jer type pastu tak tgk balik..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.155249 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top