CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zahid Gesa Kit Siang Henti Anasir Perkauman, Pertikai Ketuanan Melayu

2-11-2022 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1140| Komen: 13


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menempelak kenyataan veteran DAP, Lim Kit Siang berkaitan ketuanan Melayu.


Menurutnya, kenyataan bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu bukan saja langsung tidak menyumbang kepada perpaduan kaum, malah berisiko menimbulkan syak wasangka dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama.



Justeru Ahmad Zahid menggesa Kit Saing menghentikan unsur perkauman dalam kempen politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Termaktub sejak sekian lama tanpa sedikit pun menafikan hak dan peluang kaum lain di bumi Malaysia,” kata Ahmad Zahid di Facebook.


Kit Siang semalam dilaporkan berkata, Malaysia memerlukan konsep Ketuanan Malaysia bukan Ketuanan Melayu jika mahu menjadi negara majmuk bertaraf dunia.

Katanya, konsep Ketuanan Melayu cuma penyamaran kepada ‘Umnoputra’ yang didakwanya menjadi kaya raya ketika golongan bumiputera sebenar miskin dan tertinggal.

Dasar ‘ketuanan Melayu’ , menurut Kit Siang, bertentangan dengan prinsip asal pembinaan Malaysia bahawa Melayu, Cina, India, Kadazan atau Dayak adalah rakyat Malaysia yang sama rata dan tiada golongan kelas pertama, kedua atau ketiga.

Beliau berkata, parti DAP sejak sekian lama berada dalam kancah politik Malaysia tanpa sebarang sekatan dan halangan.



Begitu juga dalam hierarki sektor korporat serta tenaga kerja di Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dari golongan profesional sehingga kepada peserta ekonomi gig.


Sumber: MalaysiaGazette






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nurdianah 2-11-2022 11:41 AM

Quote Simunggu 2-11-2022 11:44 AM
Edited by Simunggu at 2-11-2022 11:49 AM

kau pg negara india lepastu kau cakap hapuskan ketuanan india...kompom kau kena buang di sungai ganges...kau pg negara china lepastu kau cakap hapuskan ketuanan cina...kompom kau kena tembak mati...
nasib baik nabi nabi dari negara arab, isroel, kalau dari tanah gugusan melayu belum tau org arab & isorel menlupakan ketuanan mereka & ikut sunnah org melayu....

fikir fikrkanlah kalau DAP cakap lupakan ketuanan melayu
Quote axl_bach 2-11-2022 11:54 AM
Kalau took UMNO yg pertahan isu ketuanan Melayu ni aku bleh faham, tp kalau yg dulunya PAS tetiba menjunjung perjuangan ketuanan melayu nih mmg aku kenot brain.....

Ketuanan melayu tu bkn jaminan Perlembagaan.....Perlembagaan menjamin perkara2 tertentu kepada Raja2 Melayu, melayu, bumiputera , dan Islam. Tp itu bukan bermakna Perlembagaan menjamin ketuanan.......
Quote zidane_ziege 2-11-2022 12:01 PM
5 tahun sekali dan bila umno hilang kuasa je baru kita akan dengar isu2 perkauman..

Bising apa? kau haramkan ajelah DAP tu masa ada kuasa..selesai masalah..

Tapi kau tak buat sebab itu ajelah modal kau utk berkuasa..
Quote Skuau 2-11-2022 12:18 PM
Edited by Skuau at 2-11-2022 12:20 PM

kalo depa ikut 'ketuanan Msia'...xde depa amik PATI jadi 'buruh paksa'...kerja 12 jam..cuti 2 kali sbln.Terpaksa PATI tu semua ikut 'Ketuanan Cino'(baca ikut suka dia punya undang2 sendiri)...di 'tanah cino'(baca ber bosskan,bermajikan,kerja ngn comp./syrikat cino).
Quote juboqhang 2-11-2022 12:22 PM
Ketuanan Melayu …agenda lapok  devide & conquer zaman Napolean.

Only fools still believe Umno jaga rakyat. Jaga kedudukan la wey… bukak la hotak hangpa.. sian!

Quote akakmasihvogue 2-11-2022 12:24 PM
Ketuanan melayu tetap melayu jgn bagi peluang sokong idea menghapus ketuanan melayu nanti besok laungan azan di malaysia pun tak dibenarkan..
Quote Decaffeinated 2-11-2022 01:36 PM
Nak sangat title tuan tapi kerja tetap jadi kuli boleh kenyang ka?


Quote Artemesiaa 2-11-2022 01:38 PM
Ada benarnya ramai yang jadi kuli makan gaji dari benar2 jadi tuan
Quote juboqhang 2-11-2022 01:54 PM
akakmasihvogue replied at 2-11-2022 12:24 PM
Ketuanan melayu tetap melayu jgn bagi peluang sokong idea menghapus ketuanan melayu nanti besok laun ...

Selama ni azan 5x pon penuh ke masjid?

Tak payah nak main sentimen agama scare tactics sangat lah.

Selama dengaq azan melayu bersih bebas rasuah kaaaa?????



Quote Kemaruk-Taikk 2-11-2022 07:31 PM
Ketuanan keroni…
Quote miss_white 13-11-2022 03:21 PM
Edited by miss_white at 13-11-2022 08:42 AM

Salah ke tuan jd  kuli kt tanah sendiri
Bkn merempat kt negara org lps tu nk berlagak tuan
Muka tak malu


Nk harap bangsa menumpang jd kuli mmg xlah
pemalas kena panas sikit pun xboleh
Suruh masuk askar takut anak lelaki mati
Pastu ada hati nk kutuk askar.puii

Sebab tu  mintak pekerja asing masuk ramai2
Utk kelangsungan bisnes dorg

Elok  ketuanan melayu jgn layan  permintaan tokey2 cino tu  biar melingkop bisnes dorg  


Quote Kemaruk-Taikk 13-11-2022 04:49 PM
Sepi terus benang ni. Tak boleh terima kenyataan ke Ketuanan Melayu is a systematic racism?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.403937 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top