CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muda-Muda Dah Menderita, Terlampau Sakit Paru-Paru Dipenuhi Air Sebab Hisap Vape

2-11-2022 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1589| Komen: 14

Seorang penghisap vape, Awaluddin Alias, 28, memaklumkan dia dimasukkan ke hospital selepas mengalami paru-paru berair kesan pengambilan vape.

Dia mendedahkan mula menghisap rokok sejak di bangku sekolah sebelum bertukar kepada vape dan pod pakai buang (disposable pod).

"Tidak timbul istilah menghisap vape untuk mengurangkan ketagihan rokok kerana kedua-duanya ada 'fungsi' sama serta mengandungi nikotin.

"Namun malang tidak disangka apabila saya diserang demam panas, muntah dan hilang selera makan mendadak sekitar Jun lalu," katanya yang berasal dari Sabah.

Foto: Harian Metro


Menurutnya, dia ditahan di wad Hospital Tawau sebelum pemeriksaan doktor mengesahkan paru-parunya dipenuhi air.

"Ketika itu saya takut bila mengetahui bahagian paru-paru perlu ditebuk bagi mengeluarkan air. Namun doktor memberi pilihan dengan menyucuk jarum bagi membolehkan cecair pada paru-paru dikeluarkan sedikit demi sedikit,

"Sakitnya tidak boleh diungkap dengan kata-kata. Rasa derita dan seksanya hanya Tuhan yang tahu apatah lagi ketika batuk," katanya yang dirawat di hospital selama 10 hari.

Menurutnya, kejadian dialami membuatkan dia insaf dan meninggalkan tabiat menghisap vape.

"Saya menasihati orang ramai terutama golongan belia dan remaja supaya berhenti menghisap rokok atau menggunakan vape dan pod pakai buang," katanya.

Sebelum ini seorang remaja lelaki turut dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Nukleus Labuan dan menerima rawatan susulan kerosakan bahagian dalaman paru-paru akibat menghisap vape.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata, diagnosis menyeluruh dilakukan terhadap remaja berusia 17 tahun itu mendapati pesakit terbabit mengalami beberapa kerosakan bahagian dalam paru-paru di samping simptom rhabdomiolisis dan kegagalan buah pinggang.

"Siasatan mendapati remaja itu menghisap vape dua minggu sebelum dimasukkan ke ICU," katanya.

Ahad lalu Harian Metro mendedahkan penderitaan dialami pemuda dikenali sebagai Shah, 23, yang terpaksa ditebuk pada bahagian paru-paru bagi menyelamatkan nyawanya kesan menghisap vape.

Mangsa membuat pembedahan paru-paru di sebuah hospital swasta selepas demam hampir 10 hari dan sukar bernafas dengan sempurna.

Menurutnya, melalui pemeriksaan doktor, lebih dua pertiga paru-parunya di bahagian kanan dipenuhi cecair.

Kebanyakan tukar jadi dwi pengguna

Penggunaan e-rokok atau vape tidak mempercepatkan penurunan kelaziman merokok sebaliknya sebahagian besar penghisap e-rokok adalah dwi pengguna dan bukannya berhenti merokok.

Ketua Pasukan Bertindak Berhenti Merokok, Kluster Perubatan dan Kesihatan, Akademi Profesor Malaysia, Prof Mohamad Haniki Nik Mohamed berkata, lebih menakutkan apabila pengguna rokok elektronik atau vape berisiko mengalami kecederaan paru-paru E-cigarette Or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI) selain kecacatan kekal pernafasan dan kematian.

Menurutnya, terdapat trend membimbangkan berkaitan peningkatan pengambilan e-rokok atau rokok elektronik dan ketagihan nikotin, terutamanya dalam kalangan belia.

"Cadangan Dasar Generasi Penamat (GEG) dan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 adalah langkah tepat bagi memastikan nasib generasi muda negara tidak punah akibat rokok atau vape.

"Oleh kerana pencegahan sentiasa lebih baik daripada mengubati, dasar cemerlang ini akan meningkatkan usaha Malaysia untuk menangani masalah tembakau dengan lebih berkesan.

"GEG Malaysia adalah cadangan dasar yang wajar untuk melindungi belia daripada ketagihan sepanjang hayat dan penyakit kronik, yang juga akan meraih faedah sosial dan ekonomi dalam jangka masa panjang," katanya.

Dianggarkan terdapat 1.1 juta pengguna rokok elektronik atau vape di Malaysia ketika ini dan bilangannya terus meningkat. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 2-11-2022 11:32 AM
Edited by Simunggu at 2-11-2022 11:33 AM

paru paru berair??? bukan Tibi?? kesan covid??
Quote ezacbee 2-11-2022 11:34 AM
Budak2 ni kalau tak kena diri sendiri mana nak dengar nasihat. Lagi melawan adalah.
Quote Adrif 2-11-2022 11:53 AM
abang aku kalau dalam rumah, dia hisap vape kat ruang tamu, sembur gitu je

tak bahaya katanya. bau pun wangi, bau buah. tak macam asap rokok busuk

sebulan lepas tu aku asma teruk. sebab hari2 bau asap vape dia. jilake betul

nak mati pegi mati sorang la. jangan la tarik orang lain sekali. dasar pembunuh.

kesian kat anak bini dia. hari2 terpaksa sedut asap vape sekali.
Quote tipah89 2-11-2022 01:18 PM
aku mmg ada kenal sorang hamba allah ni jadi kaya meletup la penangan jual vape n flavour dia ni... awal2 kena palau n kecam sbb xsupport "melayu" niaga kata ehhhhh
Quote lattehazelnut 2-11-2022 01:22 PM
Lah bukan menda baru..
Dah byk kes dah pun.. diorg je ignorant..
Quote Artemesiaa 2-11-2022 01:22 PM
Sendiri punya mahu hadap jer le
Quote hyie 2-11-2022 01:33 PM
erm...perlu tak ucap tahiniah ni ye?
Quote ultra78 2-11-2022 01:59 PM
Vape lebih bahaya daripada rokok tembakau
Quote KamikuP 2-11-2022 03:34 PM
Member meolss ramai hisap vape dah nasihat tapi buat derkk jer... kang sorang2 kwn meols meninggal dah takde kawan nak ngopi pagi2.. huhuhuhuh
Quote Perawankota 2-11-2022 03:41 PM
Dulu2 aku hantu shisha, hantu vape.. Pastu 2x balik melepak pekena tu semua, tiba2 pengsan.. Terus stop semua tu..

Kawan2 aku pon ramai kena paru2 problem.. Tapi masalahnya dh kena, dorg patah balik isap rokok..
Quote kakikuDibibirmu 2-11-2022 03:44 PM
ultra78 replied at 2-11-2022 01:59 PM
Vape lebih bahaya daripada rokok tembakau

Vape lebih bahaya daripada hisap kote
Quote midori888 2-11-2022 03:44 PM
Kalu masih tak kena dekat org terdekat mmg diorg takkan insaf...
Quote shernazz 2-11-2022 04:08 PM
Nanti dah sehat..isap vape lagi..
Quote rosedemon 3-11-2022 10:10 AM
adan ukeee cari pasal isap vape tak ksian lgsg

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.105683 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top