Ayda Jebat mengakui tidak terlepas daripada ‘pergaduhan’ kecil dalam rumah tangganya bersama aktor, Nabil Mahir. Namun begitu, Ayda menjelaskan mereka sering gaduh manja serta tidak membabitkan pertelingkahan yang besar.
“Kak Ayda pernah tak gaduh dengan Nabil after kahwin?” soal pengikutnya menerusi pautan ‘Question and Answer’. Menerusi sebuah perkongsian, pelantun lagu Temberang ini berkata pergaduhan kecil yang dilaluinya adalah apabila Nabil sering mengeluarkan wang untuk berbelanja dan tidak beri peluang kepada isteri untuk membalas perkara sama.
“Selalu… gaduh bila time nak bayar. Berebut-rebut nak bayar. Dah asyik dia bayar, kita nak juga belanja kadang-kadang! Tapi memang takkan dapat la…. susah! “Thanks love @nabilmahir and please la kasi la kadang kita nak belanja gak.. makan ke apa ke. Dia tak nak,” jawabnya beserta emoji kucing menangis dan ketawa di Instagram Story. |
virgo19 replied at 2-11-2022 04:45 PM
Kenapa aku rasa dia ni mcm nak menunjuk kat ex tunang lakinya itu. Cerita pasal mertua tak bagi masa ...
gambatae replied at 2-11-2022 04:49 PM
Siapa ehh Ex tunang Laki dia?
ADVERTISEMENT