CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PAS Terbuka Mata Nak Buka Pawagam Di Kelantan Susulan Kejayaan Mat Kilau

2-11-2022 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 688| Komen: 4

Kerajaan Negeri Kelantan berpandangan usaha untuk membuka semula panggung wayang gambar (pawagam) di negeri itu ‘sangat positif’.

Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri masih meneliti cadangan berkenaan, malah ia sentiasa dibincangkan di pelbagai peringkat.

“Kita tahu kita tidak boleh menghalang fitrah (untuk berhibur) namun, ia mestilah mengikut kesederhanaan seperti ajaran Islam,” katanya ketika ditemui pada majlis Malam Selebriti dan Anak Seni bersama pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan, malam tadi.

Isu pembukaan panggung wayang di Kelantan kembali diperkatakan baru-baru ini susulan sambutan luar biasa di seluruh negara terhadap filem Mat Kilau.


IMDb


Ketiadaan panggung wayang di negeri itu menyebabkan rakyat Kelantan terpaksa ke Terengganu atau ke Lembah Klang untuk menonton filem pecah panggung itu.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, pihaknya juga bersedia untuk meneliti segala input dan pandangan baharu berhubung seni dan budaya asal Kelantan termasuk tarian Mak Yong Menora dan Main Puteri.

Menurutnya, pandangan baharu itu penting bagi memastikan seni dan budaya Kelantan dapat diteruskan dan kekal terpelihara.

“Selain input daripada pihak penggiat seni dan industri, kita juga akan turut mengambil pandangan daripada ulama dan Jabatan Mufti Negeri sekiranya ia berkaitan dengan isu keagamaan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri sejak zaman pemerintahan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah menolak seni dan budaya.

“Seni dan hiburan sebahagian daripada kehidupan dan manusia dalam hidup memerlukan hiburan.

“Apa yang dibuat Tok Guru bila dilantik Menteri Besar, beliau tidak menghalang hiburan sebaliknya memurnikannya demi memenuhi kehendak agama,” katanya pada sesi dialog bersama selebriti asal Kelantan pada program sama. 


Sumber: UTUSAN






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 2-11-2022 03:43 PM
Adakah nanti movie yg nak tayang kena tapisan lagi.. Selagi ada yg terbukak aurat semua tak Lepas?
Quote Lagubestbest 6-11-2022 02:58 AM
Tak kot.. maybe akan tambah color putih atau hitam kat skin lengan ketiak peha macam iklan nivea kat tv.
Quote ultra78 6-11-2022 07:29 AM
Jangan percaya kata-kata kerajaan pas kelantan. Menipu aje tu
Quote ultra78 6-11-2022 07:41 AM
Perawankota replied at 2-11-2022 03:43 PM
Adakah nanti movie yg nak tayang kena tapisan lagi.. Selagi ada yg terbukak aurat semua tak Lepas?

Mudah aje syaratnya.

Asingkan penonton lelaki dan perempuan.
Buka lampu waktu tayang filem.
Tiada tayangan waktu maghrib
Tiada tayangan pada hari jumaat
Tiada tayangan dalam sebulan bulan ramadan

Siapa nak buka bisnes mcm tu? Puak-puak businessman mereka sendiri pun tak mahu buka bisnes panggung wayang kerana takut tak balik modal.

Tapi wakil rakyat dia seronok pulak pergi tengok wayang di KL. Dasar celaka punya politaik

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.031962 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top