CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Ulang Alik Kerja Di Singapura, Tak Sempat Kaya Dah Rancak Main Perempuan

2-11-2022 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1666| Komen: 7

Demi mengubah nasib keluarga, seorang suami sanggup berulang-alik ke Singapura dengan harapan untuk mencari rezeki lebih.

Girangnya hati si isteri apabila akhirnya doa agar suami dimurahkan rezeki dan diterima bekerja di Kota Singa dimakbulkan.

Namun menerusi cerita yang dikongsikan semula di grup B40 Buat Perangai Apa Harini, si isteri melahirkan rasa sedih apabila mengetahui suaminya mula bermain kayu tiga.

Gambar Hiasan

"Sebelum husband dapat kerja di Singapura, hari-hari saya berdoa supaya dia dapat kerja di sana dengan harapan apabila dah dapat kerja gaji lebih, hidup kami boleh senang sikit.


"Apabila dia pergi interview... mulut ni tak lekang dengan doa supaya dia diterima. Hari-hari berdoa semoga Allah murahkan rezeki kami dan moga permudahkan urusan suami," tulisnya

Bercerita lanjut, wanita ini berkata dia begitu senang hati apabila suami diterima bekerja di Singapura.




Sebagai isteri, saban hari dia cuba menjaga kebajikan suami sebaik mungkin termasuk menyediakan bekal makanan.

"Apabila dia dah dapat kerja di sana saya tak henti-henti bersyukur pada Allah sebab bagi kami rezeki tu.

"Pukul 4 pagi dah bangun siapkan bekal suami. Dia balik basuh baju suami untuk pergi kerja esok hari. Gosok baju untuk dia," ujarnya.

Namun, gembira si isteri tidak lama kerana suaminya dikesan mula membuat 'angkara' dibelakangnya.

Perkara itu diketahui oleh wanita ini setelah melihat gambar dihantar suami kepada rakannya melalui satu perbualan di telefon.

"Tapi apa yang buat saya terkilan sangat... belum pun merasa senang dia dah buat perangai bermesej dengan perempuan lain. Ambil gambar perempuan itu siap bagi dekat kawan dia cakap ni awek.

"Kantoi pun sebab dia lupa nak delete semua tu. Mungkin Allah nak tunjuk. Mungkin sebelum ni dia dah siap- siap delete," jelasnya lagi.

Hantaran tersebut meraih pelbagai reaksi warga maya yang turut bersedih dengan kisah dikongsikan wanita bernasib 'malang' itu.

Rata-rata netizen memberi pendapat mereka tentang situasi yang dihadapi wanita ini.

"Dah nak masuk level T20, kenalah buat perangai macam T20. Bini kena ada, scandal kena ramai.

"Sedih. Mentaliti tak seiring dengan pendapat. Mentaliti masih di takuk B40.

"Doakan dia miskin balik," komen netizen pada hantaran tersebut. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote black_handbag 2-11-2022 11:06 AM
sian acik. apa kata acik pulak yg keluar cari keje, cari keje kat singapura tu tayang balik kat laki
Quote Nham22 2-11-2022 11:38 AM
Gitulaa pengorbanan isteri... So dlm kes mcmani mcmane tu nak settle... Suami menggatal ape hukum die yea....
Quote margo20 2-11-2022 11:48 AM
This is why aku tak pernah resign n jadi suri rumah biarpun kt opis tu mcm lahnat
Quote Adrif 2-11-2022 11:57 AM
Namun menerusi cerita yang dikongsikan semula di grup B40 Buat Perangai Apa Harini


aku lagi terkejut baca line ni.. ape ke hel  

ni group masalah rumah tangga baru ke? masing2 berlumba bukak pekung demi seketul dua likes? aiyo
Quote Perawankota 2-11-2022 03:46 PM
Yang tak kaya, yang masih harap gaji bini lagi besor pon tetap mencurang.. What do you expect? Bak kata Syuk Sahar, "Curang tu satu pilihan"
Quote rosedemon 3-11-2022 10:08 AM
laki kalau byk duit sikit mulela buat pangai tak semenggah
Quote pasa 3-11-2022 10:12 AM
Si sadek sauk duit masuk ASB dulu pernah janji nak bela org keje masuk singapore hari-hari. akhirnya yg masuk singapore hari2 bersengkang mata  nak berbairs kat tambak johor dapat 30 ringgek. terima kasih lim gone eng. hasil 30 ringgek hari ni sy masih masuk keje dekat singapore kalau UMNO mentadibir nescaya sy mati kebuluran hari ni.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.844471 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top