CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bersedia Untuk Ironman Kali Kedua, Alif Satar Tercungap-Cungap Buat Ujian Jantung

2-11-2022 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1979| Komen: 6

Alif Satar bimbang keadaan kesihatannya tidak berada di tahap terbaik apabila berkongsi melakukan ujian elektrokardiogram atau ECG di Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini.


Alif, 32, berkata, pemeriksaan itu dilakukan sebagai persediaan awal bagi menyertai pertandingan Ironman Malaysia buat kali kedua pada 5 November 2022.

Foto: IG

Menerusi perkongsian video ujian berkenaan di Instagram miliknya, Alif kelihatan tercungap-cungap untuk menghabiskan larian di atas treadmill namun berjaya menyelesaikannya sehingga tahap kelajuan peringkat lapan.

Badannya juga disambungkan dengan beberapa wayar bagi mendapat bacaan tepat jantung dalam memastikan organ itu berfungsi dengan baik dan tiada masalah.




"Mintak nyawa! Level tujuh nak ke level lapan dah pancit... memang cuak nak buat ECG di Institut Jantung Negara tapi semuanya berjalan lancar," katanya.

Dalam pada itu, Alif memaklumkan dia perlu membuat persiapan secukupnya untuk menyertai cabaran Ironman itu nanti.

"Saya memang nak betul-betul pastikan 'enjin' bersedia untuk Ironman," katanya lagi.



Untuk rekod, Alif pernah menyertai pertandingan Ironman Langkawi pada 2019 dan berjaya menamatkan cabaran tersebut dalam tempoh 15 jam 5 minit dan 49 saat.

Tidak hanya itu, penyanyi itu turut berpesan kepada pengikutnya agar melakukan pemeriksaan kesihatan lengkap sebelum bergiat aktif dalam aktiviti lasak dan senaman.

"Korang yang baru nak mula bersenam pun Alif sarankan buat pemeriksaan penuh," ujarnya.



Pengikut Alif turut menyatakan rasa kagum dengan persiapannya menjelang pertandingan berkenaan malah ada tertarik untuk melakukan pemeriksaan serupa.

"Aku yang tengok ini pun rasa tercungap-cungap, persiapan yang bagus Alif.

"Rasa nak tolong hulur air tengok Alif berlari. Good luck untuk Ironman nanti. Macam mana nak buat pemeriksaan ini?



"Takut tengok wayar itu, saya pula yang tumpang tertekan dan cuak tengok Alif buat pemeriksaan ini," komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TJ2 2-11-2022 04:02 PM
iols mampu sampai stage 5 je. tu pun macam nak putus nyawa dah
Quote LadyCarefree 2-11-2022 04:34 PM
All the best la ya suami terpaling serta atlit terpaling.
Quote teen_angelJB 2-11-2022 06:09 PM
Dia kan ex covid patient..
Ada la tu prologue covid yg Masih tersisa dalam badan..huhu
Quote mawardia 2-11-2022 06:26 PM
Koserrr sis
Quote rosedemon 3-11-2022 10:19 AM
watevahhh la xda kna mgena ngn aku
Quote virgocircus 3-11-2022 10:29 AM
Healthy lifestyle begini bagus. Yg jenis kaki gym duk selfie dpn equipment tu nyampah sket. Haha

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.104595 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top