CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pernah Jual Mahal, Pensyarah Tua 52 Tahun Akhirnya Setuju Kahwin Dengan Pelajar 20 Tahun

2-11-2022 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1844| Komen: 9

Jarak usia tidak menjadi halangan buat seorang pensyarah berusia 52 tahun untuk mengahwini pelajarnya yang muda lebih 30 tahun daripadanya.

Kedua-duanya sepakat untuk berkahwin selepas pelajar bernama Zoya Noor, 20, jatuh cinta dengan personaliti pensyarahnya, Sajid Ali.

Pada mulanya Zoya yang memulakan langkah mendekati Sajid.

Seminggu selepas menolak 'lamaran' Zoya, pensyarah tersebut bersetuju untuk mengahwininya.


Foto: India Times

Pasangan dari Pakistan itu membuka kisah cinta mereka ketika ditemu bual oleh YouTuber dan pencipta kandungan (content creator), Syed Basit Ali.


"Terdapat perbezaan umur yang besar (32 tahun) antara kami. Kami tidak boleh berkahwin antara satu sama lain," kata Sajid dalam temu bual itu.

Sajid mendedahkan dia kemudiannya meminta tempoh seminggu untuk memikirkan perkara tersebut dan ketika itu, dia juga mula jatuh cinta dengan pelajarnya.

Pasangan itu juga mengakui saudara-mara di kedua-dua belah pihak tidak berapa bersetuju dengan keputusan mereka untuk berkahwin.

Walau bagaimanapun, ia langsung tidak menjadi halangan untuk mereka meneruskan perkahwinan. -CARI

Sumber: mStar/ Indiatimes

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 2-11-2022 10:39 AM
ini pun jadi isu ke wartawan cari?
Quote rosedemon 3-11-2022 10:07 AM
wah dapatbini muda setahun jgg sedaple ko
Quote kelip2_07 3-11-2022 11:39 AM
mmg senyum la dpt pucuk muda
Quote orenmango 3-11-2022 01:25 PM
Jadi pelik di sana sebab depa amalkan arranged marriage. Kahwin mcm ni dipanggil love marriage. Budaya sana yg bukan islamic root pun tapi dah berakar umbi.
Quote black_handbag 3-11-2022 01:57 PM
cantik perempuan tu. bodola klu pensyarah gemuk kertu tu rejek sheols
Quote Tinot7 3-11-2022 02:01 PM
Hangpa kalau laki kertu dpt minah muda badan bergetah bkn kemain dok puji..

Waloapapon, tahniah.. semoga bahagia ke anak cucu..
Quote SalenaGomez 3-11-2022 02:01 PM
Seminggu je…lahaiiii membongakkk betul cite nya

Ingat kan buffer setahun ke..kalau menolak lama camtu oklah…ni 7 hari je
Quote Ladyfreecare 3-11-2022 02:26 PM
Wah kalau level pensyarah tak kisah beza umur ye. Tapi kalau dapat laki biasa, umur dah sebaya dgn bapak katanya.
Quote plywood 3-11-2022 02:33 PM
Tahniahlah. Langkah berjaga-jaga supaya tak jadi andartu. Harap semua gembiralah..

Kahwin dengan pensyarah tua kaya lebih beruntung berbanding dengan lelaki muda tetapi penagih atau lelaki muda tetapi penganggur atau kerja food panda? ...ker macam mana?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.206126 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top