Kemunculan Sheila On 7 (SO7) beraksi secara percuma di sebuah pasar raya Ahad lalu mengubat kerinduan peminat.
Mana tidaknya, sudah lama kumpulan popular menerusi lagu Berhenti Berharap tersebut tidak membuat kemunculan dan mengadakan konsert. Bagaimanapun, di sebalik kemeriahan peminat berkumpul, timbul pula isu kesesakan lalu lintas di sekitar pusat beli-belah Kasablanka di Jakarta selepas SO7 selesai membuat persembahan. Memetik laporan Suara, pihak penganjur konsert percuma itu dikecam hebat oleh netizen yang mendakwa pemilihan lokasi yang tidak sesuai dan menyusahkan banyak pihak. Bukan itu sahaja, keadaan di dalam pusat beli-belah itu juga dikatakan tidak terkawal apabila peminat membanjiri setiap tingkat untuk menyaksikan kumpulan itu. Difahamkan peminat mula berkumpul di lokasi beberapa jam lebih awal sebelum SO7 membuat kemunculan. Biarpun isu kesesakan itu menjadi bualan ramai, ia juga membuktikan kumpulan berkenaan masih mempunyai pengikut yang ramai meskipun sudah lama tidak muncul dengan album baharu. Malah pengunduran pemain drama SO7 iaitu Brian pada Mei lalu tidak menjejaskan sokongan peminat terhadap tiga anggota lain iaitu Duta, Eros dan Adam. Sumber: mStar |
esbok replied at 2-11-2022 11:26 AM
dulu ada berita lantai mall runtuh. tengok mcm ni punya ramai, mmg selamat ke berdiri beramai2 seren ...
dua_chzy replied at 2-11-2022 12:01 PM
Dulu pun mereka berhenti menyanyi gara2 peminat2 mati kena pijak semasa konsert berlansung.
SalenaGomez replied at 2-11-2022 04:03 AM
Kira x learn lesson laa ni…patut buat kat open space mcm padang ke kan
ADVERTISEMENT