CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun M Takkan Bersara Walau Kalah PRU15

2-11-2022 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1009| Komen: 9

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak berhasrat untuk bersara daripada politik sekalipun berdepan kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Beliau yang juga Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) berkata, khidmat baktinya itu akan diteruskan selagi masih diperlukan.


FB

“Saya bekerja untuk negara bukan diri sendiri, selagi saya boleh, saya tolong.

“Tugas saya untuk selamatkan Malaysia dan orang Melayu terutamanya,” katanya kepada pemberita selepas berucap dalam Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 2022 di Pusat Konvensyen Berjaya Times Square di sini hari ini.


Sebelum ini, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada PRU15.

Beliau turut menaruh harapan untuk meneruskan kemenangan di kerusi disandangnya itu.

Dalam pada itu, Mahathir tidak menganggap isu sabotaj dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) akan memberi kelebihan kepada GTA.

“Kita tidak peduli masalah parti lain, terpulanglah sama ada nak sokong GTA atau tidak,” katanya.


Sumber: Utusan






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 2-11-2022 09:52 AM
GTA yg aku tau Grand Theft Auto aje
Quote pet_ayut 2-11-2022 10:16 AM
Semak lah orang tua ni
Quote kepompong 2-11-2022 10:17 AM
dia juga nak kata takkan bersara walau dalam kubur pun
Quote pasa 2-11-2022 10:21 AM
dekat porem ni ramai org suka atok.

Kene tipu dengan atok pun suka
Quote Perawankota 2-11-2022 03:58 PM
Muka Atok ni sama macam muka mak aku.. Agaknya feature muka orang2 tua kot.. Dgn mata sebijik..
Quote kakikuDibibirmu 2-11-2022 04:00 PM
Tun M Takkan Mati Walau Kalah PRU15
Quote Simunggu 2-11-2022 04:04 PM
apa sebenarnya motif Tun...tak faham aku...apa apa pun aku sanjung dgn Tun sbb menghancurkan kerajaan PH dari dalam tempoh hari...
Quote kakikuDibibirmu 2-11-2022 04:04 PM
saka atokcow ijau mumia fosil ron97tahun tersenyum sinis
Quote zamzam 2-11-2022 04:05 PM
pasa replied at 2-11-2022 10:21 AM
dekat porem ni ramai org suka atok.

Kene tipu dengan atok pun suka

Tp kenapa kali ni xder slogan RINDU ZAMAN TUN?? Rindunya nak dengarrr

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.035749 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top