CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangankan Sabah, Daerah Termiskin Di Kelantan Pun Anwar Selesaikan Kalau Memerintah

1-11-2022 08:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1920| Komen: 23

Isu daerah termiskin di Sabah akan diselesaikan dengan kadar segera sekiranya Pakatan Harapan (PH) diberi mandat untuk memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).


Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu mengenai 20 daerah termiskin di Malaysia sengaja dibangkitkan olehnya di Dewan Rakyat bagi mengingatkan kepada pemimpin yang mementingkan kekayaan diri sendiri.


FB

“Banyak daerah termiskin di Sabah, kalau saya jadi Ketua Menteri malu muka saya. Sebagai pemimpin Sabah tidak kira Bersatu, UMNO mahupun GRS, malu apabila negeri kita mempunyai banyak daerah paling miskin sedangkan diri sendiri kaya, naik kereta besar dan orang tabik hormat, apakah jenis pemimpin sebegini?


“Saya sengaja baca di Parlimen senarai daerah termiskin, sebab itu bila kita perintah insya-Allah 20 November ini, tak payah kata Sabah, mana daerah termiskin majoriti di Sabah atau Kelantan mahupun Sarawak, kita mesti selesaikan dengan secepat mungkin.

“Isu orang miskin di Sabah adalah masalah nasional bukan masalah Sabah sahaja begitu juga, isu sekolah teruk di Sabah, ia masalah negara yang mesti diselesaikan oleh pemimpin negara ini,” katanya semasa Program Jelajah Mega Harapan Sabah di Tuaran semalam.

Beliau turut mengingatkan rakyat Sabah agar tidak terpedaya dengan sentimen negeri yang dimainkan parti-parti kecil.

Katanya, pilihan raya kali ini adalah mengenai negara untuk memilih kerajaan Persekutuan jadi undian terhadap parti-parti kecil di Sabah tidak akan membawa aoa-apa perubahan.

“Parti-parti kecil boleh pecahkan undi pembangkang tapi, mereka tidak boleh deliver. Kami (PH) boleh menang kerajaan Persekutuan untuk Sabah dan Sarawak.

“Maka, jangan terikut dengan sentimen negeri. Kita kena ingat sokong parti yang bagi pecah-pecah (undi) ini akhirnya beri kemenangan kepada pihak sebelah sana (kerajaan).

“Kita kena pastikan kita kuat dan bersatu kerana setiap undi bermakna. Kita ada pilihan sama ada mahu Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan.

“Kalau mahu PH (memerintah), tolak PN dan BN serta semua parti-parti kecil yang lain sebab mereka tidak boleh bentuk kerajaan, Pakatan Harapan ada harapan untuk menubuhkan kerajaan,” katanya.


Sumber: Utusan






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akusukaq 1-11-2022 09:03 PM
Sudah sudah la abg non ooi, baik  jual obat kuat lagi laku
Quote jazaa100 1-11-2022 09:05 PM
Perghhh.....janji bln bintang....

Ingatkn harga minyak je rm1.50/liter
Quote PanadolExtend 1-11-2022 09:17 PM
Hancingggggg
Quote sharlenetexas 1-11-2022 09:18 PM
Wow!
Auwwww


Quote margo20 1-11-2022 11:01 PM
Terpesona aku terpesona
Quote pu3_rania 1-11-2022 11:03 PM
Woiii bapak scammer
Merata-rata ko tabur najis ya
Kat PD dah puas ko bergelumang dengan najis yang busuk dan hancing lagi ada hati nak pi tabur kat tempat lain
Mana maruah hang letakkan haaaa
Quote akies 1-11-2022 11:05 PM
tak kan iols percaya janji diorg ni
Quote gideoncross 1-11-2022 11:21 PM
Trgelak iol bca komen2 dlm thread ni hahahaha.
Quote seripahzeripah 1-11-2022 11:41 PM
Sembanggggg smpai babi boleh terbang tak turun²..kot ye pun nk beraku janji..agak² le pun
Quote Solokkk 1-11-2022 11:57 PM
Kencinnngggggggggggggg
Quote lampor 2-11-2022 12:02 AM
Masalahnya... Yakin betholll dia ni ala2 dah jadi pm10... Takut ciduk lagi jadi pm tepi jah...
Quote bulanbulat 2-11-2022 02:34 AM
Tapi..., pd tu sendu y amat
Quote AKAZ85 2-11-2022 03:10 AM
PD tu pon gituuuuu je takde perubahan pon.. Ada hati nak buat pembaharuan kat negara.. Kah3.. Tempat kecik pon kepimpinan ko fail.. Ade hati nak pimpin 1 negara.. Lawak Yang percaya cakap bang non ni hancing bau kencing.. Hahaha
Quote rainbowrainz 2-11-2022 04:10 AM
Hahahahaha sembang karipuley
Quote dua_chzy 2-11-2022 04:18 AM
Kapir2 Kristian Sabah mohon ingat satu ketika dulu Nuat pernah bakar Bible yach.
Quote R2D2 2-11-2022 06:30 AM
kalau PRU-14
janji turunkan harga minyak

ni PRU-15
janji selesaikan isu rakyat termiskin di pendalaman

hebat  sembang , janji pemidato
Quote batu kikir 2-11-2022 07:48 AM
pu3_rania replied at 1-11-2022 11:03 PM
Woiii bapak scammer
Merata-rata ko tabur najis ya
Kat PD dah puas ko bergelumang dengan najis yang b ...

Setuju sangat.
Dia tak buat apa2 pun kat PD.
Goyang te**r je.
Lepas tu sembang kari.
Kalau dia buat projek satu dua kat PD atau daerah lain kat Nogori......
Bolihlah terima sikit2 dia ni.

P/s Kesian orang Tambun kalau terpilih kaki sembang
Quote Simunggu 2-11-2022 09:14 AM
tak habis habis sembang kencing mamat ni...
Quote Cassieopeia 2-11-2022 09:15 AM
Dah tu nape tak bertanding kat sabah ke kelantan?

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-9-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.145369 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top