CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Jerman Kembali Guna Kayu Api Panaskan Rumah

1-11-2022 08:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3622| Komen: 40

Kayu api kini semakin laris di Jerman dengan pembekal di seluruh negara melaporkan lonjakan dalam jualan setelah kos bahan api untuk sistem pemanasan melambung tinggi.


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kira-kira separuh rumah di Jerman dipanaskan dengan gas asli dan 25 peratus lagi menggunakan minyak pemanas manakala kurang enam peratus menggunakan kayu api.


Gambar hiasan

Namun kini, pembekal bahan mentah itu tidak cukup tangan, menyebabkan kekurangan kayu api. Awal musim panas ini, Agensi Anadolu melaporkan Persatuan Kayu Api Persekutuan Jerman memaklumkan pasaran kini kehabisan kayu.

Heike, yang tinggal bersama keluarganya di Berlin, juga telah beralih kepada kayu untuk pemanasan pada musim sejuk ini.

"Menggunakan gas tidak lagi cekap dari segi ekonomi, kerana harga telah meningkat hampir dua kali ganda untuk kebanyakan orang di seluruh negara.

Heike berkata kayu api menjadi pelan sandaran sekiranya Jerman kehabisan gas pada musim sejuk dan sudah wujud kebimbangan gas akan dicatu untuk kegunaan industri.

"Permintaan sangat tinggi sehingga kebanyakan pembekal berhenti menerima pesanan pada Julai untuk sepanjang tahun ini. Ada yang cuba menyusun penghantaran untuk musim sejuk akan datang walaupun harga kayu meningkat dua kali ganda tetapi masih jauh lebih rendah berbanding sistem pemanas gas atau elektrik," katanya.

Gas didagangkan pada EUR350 (AS$348.50) setiap megawatt-jam pada Ogos di bursa TTF Belanda, namun susut kepada sekitar EUR92/MWj pada Selasa, tetapi masih lebih dua kali lebih tinggi daripada tahun lepas.


Sumber: BERNAMA






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 1-11-2022 08:39 PM
Lepas memasak jangan lupa cari kayu api!


Quote Page88 1-11-2022 08:51 PM
Gas is expensive.
Quote kakikuDibibirmu 1-11-2022 08:55 PM
sharlenetexas replied at 1-11-2022 08:39 PM
Lepas memasak jangan lupa cari kayu api!

Nak cari kayu, nak cari kayu
Quote gigahertz 1-11-2022 09:03 PM
sharlenetexas: Lepas memasak jangan lupa cari ...

Aimaannnnnn mana kayu emak suruh letak kat dapur tadiiiii
Quote kakikuDibibirmu 1-11-2022 09:05 PM
gigahertz replied at 1-11-2022 09:03 PM
Aimaannnnnn mana kayu emak suruh letak kat dapur tadiiiii

Aiman tak kisah

[youtube]9WEfeB4kQcg[/youtube]
Quote Samerosie 1-11-2022 09:14 PM
Memang best ni.  Dulu masa winter walaupun ramai dah move to gas heating tapi ada setengah rumah still warm the house pakai firewood.  Firewood pun x boleh sebarang pakai due to pencemaran udara so kena guna yg apprived saja. Some houses bila dia started bakar firewood bau dia memang best bila jalan balik rumah dr bus stop tu.  Mmg best.
Quote JunkMail 1-11-2022 09:28 PM
Hujung2 yurop yang gigih memekak pasal global warming tu menyumbang asap jua..
Quote Belibis 1-11-2022 09:38 PM
Bau asap kayu yang paling terpahat kat memori bila ada orang bersalin..kena salai atas katil..bawah unggun api..
Quote jfq 1-11-2022 09:42 PM
Abis la hutan
Dah lepas ni jgn sibuk pasal org lain punya rainforest
Quote gideoncross 1-11-2022 09:54 PM
Samerosie replied at 1-11-2022 09:14 PM
Memang best ni.  Dulu masa winter walaupun ramai dah move to gas heating tapi ada setengah rumah sti ...

Dh mcm cozy & autumn aesthetic plak.
Quote Samerosie 1-11-2022 10:13 PM
Kalau kat mesia ada fake fire place ni kan sekarang trend dgn wainscosting nya la bagai.  Kat rumah my cousim ada fake fireplace ni last2 letak tv kat lubang tu anak beranak meniarap atas lantai nengok tv so low on thr ground nak bergaya punya pasal.  Wainscoating kat rumah mat salleh ada guna tapi kat malaysia decorative sajork.
Quote Supersirap 1-11-2022 10:16 PM
Kembali kepada alam semula jadi
Quote AbukRokok 2-11-2022 01:40 AM
agenda hijau memusnahkan kehijauan
Quote AbukRokok 2-11-2022 01:42 AM
green scam
Quote faraway1 2-11-2022 02:30 AM
Dalam proses pasang satu kat dalam rumah.

Tapi harga kayu bukan juga murah plus insurance rumah jadi lebih mahal.. Tapi tak tahu Jerman mungkin murah..
Quote cmf_jeangrey 2-11-2022 03:26 AM
Samerosie replied at 1-11-2022 09:14 PM
Memang best ni.  Dulu masa winter walaupun ramai dah move to gas heating tapi ada setengah rumah sti ...

Rumah iols pakai log burner ni...sblm ni jarang guna sbb gas heating lagi senang...tapi lepas kos gas melambung, now dah berfungsi semula...mmg sedap bau kayu yg kami pakai ni bukan jenis yg ditebang terus dr pokok...ni compressed reclaimed wood atau kayu serpihan diproses jadi logs...beli dr kedai...tujuan dicompressed supaya api menyala lebih lama...tapi since makin ramai guna log burner ni xtau la mana diorg akan source kayu log ni

Quote dua_chzy 2-11-2022 04:36 AM
Edited by dua_chzy at 1-11-2022 08:38 PM

Akak zaman kecik2 dulu merasa keseronokan kumpul ramai2 di dapur (yang guna kayu api) untuk makan or panaskan badan bila balik kampung bapa akak yang sejuk nak mampus itu (dulu. Sekarang dah kureng banyak sejuknya) sambil dengar babi bising2 ngok2 di sebalik lantai bambu bawah dapur (yang separated dari main house tapi connected persis rumah Korea).

Sekarang dah takda. Babi pun dah tak nampak jalan2 anak beranak di kampung akak. Babi berupa manusia macam Setingok benak, ada la.

Quote Orenn1 2-11-2022 06:12 AM
Bestnya rmh pakai firewood ni, sedap bau kayu bila bakar. Rumah mil aku adalah firewood ni, dorg guna jugak winter2 walaupun ada gas jugak terutama klu kitaorg dtg fil mesti pasang sbb hyggeligt duk kat ruang tamu dgn firewood, aku suka pegi dekat dgn firewood tu n tadah tgn. Tapi kayu dia pun bukan murah rasanya
Quote kakikuDibibirmu 2-11-2022 06:46 AM
JunkMail replied at 1-11-2022 09:28 PM
Hujung2 yurop yang gigih memekak pasal global warming tu menyumbang asap jua..

Tak apa nanti Yindon claim pembekal oksigen dunia

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-9-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.041282 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top