CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takut Guna Jalan Ladang Hantar Anak Ke Sekolah Lepas Jumpa Bangkai Lembu, Babi Dibaham Rimau

1-11-2022 08:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1302| Komen: 10

Lebih 50 penduduk dan pekerja ladang diselubungi ketakutan selepas menemui dua bangkai lembu dan seekor babi yang dipercayai dibaham harimau belang di Kampung Gua Air dekat Pos Pulat di sini tiga hari lalu.


Seorang pekerja ladang, Shahdon Nurji, 46, berkata, sebelum ini mereka kerap melihat kesan tapak kaki harimau di kawasan itu namun tergamam selepas melihat bangkai haiwan berkenaan.


Gambar harimau belang yang berjaya dirakam pekerja ladang di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Gua Air, Pos Pulat, Gua Musang, Kelantan.

“Pada pukul 8 pagi tadi pekerja ladang yang berada di atas lori sempat merakam gambar kelibat harimau belang semasa dalam perjalanan untuk mengait buah sawit.


“Harimau itu dilihat berkeliaran di dalam ladang sawit yang jaraknya kira-kira 200 meter dari Kampung Gua Air. Kini semua pekerja ladang seramai 10 orang berada dalam ketakutan untuk melakukan kerja di ladang,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Gua Air di sini hari ini.

Sementara itu, penduduk Kampung Gua Air, Rusdi Mamat, 58, berkata, kejadian tersebut mengejutkan penduduk kampung kerana mereka terpaksa melalui jalan ladang untuk keluar ke bandar dan menghantar anak ke sekolah.


Rusdi Mamat menunjukkan kelibat seekor harimau belang yang berjaya dirakam pekerja ladang di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Gua Air, Pos Pulat, Gua Musang, Kelantan. – UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH

Katanya, penduduk kini juga bimbang untuk ke kebun kerana bimbang terserempak dengan harimau berkenaan.

“Hidup kami kini tidak aman dan terpaksa menangguhkan sementara aktiviti untuk ke kebun.

“Kami berharap pihak berwajib terutamanya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil tindakan segera dengan membuat siasatan dan pemantauan tentang serangan harimau berkenaan,” jelasnya.


Sumber: UTUSAN





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anakmak 1-11-2022 09:07 PM
Apa jadi kat habitat dia? Kena kacau? Ke dia sesat? Takder yg tanya ke? Tak tanya cam mana nak pi tolong.
Sekian
Quote CiliPadiSedap 1-11-2022 09:11 PM
kalau babi pun harimau makan, maksud nya harimau betul2 lapar
Quote milo_888 1-11-2022 09:19 PM
Dah lobai potong hutan tu nak duit instant.. apa yg tinggal untuk dia survive? Kena la jalan jauh sikit nak cari makan.. mcm ummah serambi ke KL utk cari makan..
Quote dua_chzy 1-11-2022 09:20 PM
Lawanya pak/mak belang.

Quote blue_blur 1-11-2022 09:33 PM
comel oyen belang.
kesian. sebab ada orang bodo kata pembalakan bagus untuk habitat rimau.
prof prof pakar pakar pekak bisu hal ini.
Quote insulin 1-11-2022 09:35 PM
Meowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
Quote gideoncross 1-11-2022 10:39 PM
blue_blur replied at 1-11-2022 09:33 PM
comel oyen belang.
kesian. sebab ada orang bodo kata pembalakan bagus untuk habitat rimau.
prof pro ...

Cute plak bila uol gelarkn bliau "Oyen Belang".
Quote PanadolExtend 1-11-2022 10:45 PM
Cantiknya belang diaaa
Quote naina 1-11-2022 10:52 PM
I lebih kesian dekat penduduk
Nak keluar cari rezeki pun takut
Kalau aku memang taklah duduk pedalaman cmni
Pihak atasan lah yang bersalah
Lepas tangan
Selesa makan duit tebang balak ya
Rakyat ketakutan dan kebuluran ko tak kisah
Semoga mereput sebelum ajal
Quote kotakominami 1-11-2022 11:34 PM
Harapnye rimau ni baham geng mkn duit jual balak....diorang mesti gemuk....

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.057398 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top