CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 8 Tahun Tawan Puncak El Capitan

1-11-2022 07:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 646| Komen: 2

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun menjadi pendaki termuda yang berjaya menawan puncak tebing El Capitan di Taman Negara Yosemite, California, lapor portal berita MailOnline kelmarin.


Kanak-kanak bernama Sam Baker yang berasal dari negeri Colorado itu telah mula mendaki sejak berusia dua tahun dan berlatih untuk menakluk puncak El Capitan ketika berumur enam tahun.


Sam mula berlatih untuk mendaki puncak El Capitan sejak berusia enam tahun. - Facebook

El Capitan adalah pembentukan batu menegak di Taman Negara Yosemite dengan ketinggian 914 meter.

Pada Jumaat lepas, bapa kanak-kanak itu, Joe Baker berkata, sepasukan pendaki yang terdiri daripada empat orang telah selamat sampai ke puncak tebing tersebut.

“Minggu yang menakjubkan! Saya sangat berbangga dengan Sam. Dia melengkapkan pendakian bertali termuda di puncak El Capitan,” tulis Joe di laman Facebook.

Joe berdepan kecaman orang ramai kerana membiarkan anak kecilnya mendaki puncak banjaran yang dianggap sangat berbahaya bagi kanak-kanak seusia itu.

Namun, Joe menegaskan bahawa anaknya sudah belajar mendaki sejak berusia dua tahun dan tahu bagaimana untuk melakukan pendakian selamat.

El Capitan sebahagian besarnya dianggap sebagai lokasi pendakian yang disyorkan hanya untuk golongan pendaki profesional kerana bentuk muka buminya yang curam dan berbahaya.

Individu termuda yang pernah tiba di puncak tebing itu ialah Selah Schneiter yang berumur 10 tahun pada 2019.


Sumber: Kosmo





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 2-11-2022 10:07 AM
Tahniah dekk
Quote grouper 2-11-2022 10:24 AM
El Capitan ni ada org pernah daki x pakai tali langsung...free solo. Alex honnold satu2nya org dlm dunia ni yg berjaya free solo el capitan ni..pencapaiannya tu dianggap 'one of the great athletic feats of any kind, ever'

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-9-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.048063 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top