CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingatkan Dah Taubat, Rupanya Dia Masih Angkuh - Tun M

1-11-2022 06:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2929| Komen: 22

Kesediaan Gerakan Tanah Air (GTA) bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sebelum ini adalah berasaskan kepercayaan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah bertaubat dengan perbuatan beliau selepas dijatuhkan dan dihina UMNO.


Pengerusi GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau menyangka Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan cuba menebus pengkhianatannya kepada parti itu sehingga kehilangan beberapa negeri dan juga rakyat keseluruhan.

"Rupanya dia tetap angkuh dan hanya mahu menjadi Perdana Menteri," katanya dalam kenyataan, hari ini.


FB Tun M/Muhyiddin


Muhyiddin semalam mendedahkan bahawa Dr Mahathir sebenarnya adalah individu yang bertanggungjawab memulakan gerakan untuk parti itu keluar dari Pakatan Harapan (PH).

Beliau mendakwa, Dr Mahathir bagaimanapun membuat 'pusingan u' di saat akhir apabila Majlis Presiden PH dalam mesyuaratnya pada 21 Februari 2020, membuat keputusan untuk terus menyokong Ahli Parlimen Langkawi tersebut sebagai Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Dr Mahathir memberitahu, amat mudah sebenarnya untuk memastikan siapa yang menjadi pengkhianat.

“Ada satu ungkapan Bahasa Latin 'cui bono', yang bermakna siapa yang mendapat keuntungan dari sesuatu keadaan.

"Siapa yang jadi Perdana Menteri pintu belakang atau tebuk atap? Bukan saya tapi Muhyiddin,” katanya.

Penyandang Parlimen Langkawi itu turut mendakwa, Muhyiddin memecat beliau sebagai Pengerusi BERSATU dan juga beberapa pemimpin lain parti berkenaan yang tidak setuju dengan Langkah Sheraton.

"Siapa yang selepas itu takut hilang jawatan Perdana Menteri hingga sekat Parlimen bersidang? 

“Bukankah Muhyiddin juga Perdana Menteri yang minta isytihar darurat supaya Parlimen tidak dapat bersidang?" soalnya. 


Sumber: Getaran







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 1-11-2022 06:36 PM
Ok esok dia meroyan psl anwar pulak
Quote Kitty_catz 1-11-2022 06:37 PM
siapa yang mendapat keuntungan dari sesuatu keadaan.


sendri tanya.. sendri ada jawapan

kome la... ahli politaik.. sapa lagi...


tahi (dilemparrrr)
Quote ultra78 1-11-2022 07:04 PM
Atuk pun sila bertaubat la jugak
Quote ninja9 1-11-2022 07:32 PM
mahatir kena fight terus, begitu juga muhyiddin sebab politician ni tak boleh salah. cari makan dengan sokongan rakyat beginilah... asal imej tercalar hilang sokongan.. maka kena fight terus, sehingga ada ketikanya benar atau salah pada pandangan umum jadi sukar..

lihat sahaja bijan, tak berhenti fight kes dia.. mcm-mcm alasan dia bagi sebab nak jaga imej, walaupun akhirnya perlahan-lahan kalah kerana satu demi satu alasannya jadi tak relevan sehinggalah dia dijatukan hukuman.. apa yang dia buat sepanjang tempoh perbicaraan adalah datang dari jiwa seorang politician
Quote pokaibanktokyo 1-11-2022 07:41 PM
Pak lalok sekor ni dah tikam belakang sendiri ada hati nak tuduh orang lain. .
Quote kakikuDibibirmu 1-11-2022 08:24 PM
Pengampunan di-Raja tedagunanya
Quote brego 1-11-2022 10:21 PM
"Rupanya dia tetap angkuh dan hanya mahu menjadi Perdana Menteri," katanya dalam kenyataan, hari ini.



rasa nya atok ni dah lama tak tengok cermin  
Quote Mulotkoyak 1-11-2022 11:09 PM
Famili atok dh xlayak berpolitik…semua teruk ank2 atok. Hrp bungkuihhh. Bang nuar naik..,
Quote elzy 2-11-2022 09:07 AM
Umpama cakap dengan cermin laa atuk.. Kami ingin politik sihat..
Tak tahu nak pilih parti mana..
Quote mekfazura 2-11-2022 09:12 AM
apalah atok ni... kacau je... kami cuma nak brim,krim.srim je, negara pandai2 la hidup... atok bg 30 je tak cukup
Quote Simunggu 2-11-2022 09:13 AM
gaduh gaduh gaduh...ini kepala bapa kau & ini kepala bapa dia....
Quote renko 2-11-2022 09:15 AM
udah udah laa
Quote Tinot7 2-11-2022 09:20 AM
ninja9 replied at 1-11-2022 07:32 PM
mahatir kena fight terus, begitu juga muhyiddin sebab politician ni tak boleh salah. cari makan deng ...

Abes tu??? Takkan nak jadi mcm julripin, pasrah terima hukuman...
Quote Simunggu 2-11-2022 09:22 AM
melayu berpecah hancur kerana fitnah Tun....buat parti itu ini...agak agak siapa yg masih solid??? fikir fikirkan
Quote mamajawie 2-11-2022 09:34 AM
Atuk sila bertaubat la..sebelum ni asyik berzikir nama najib je ni bila najib da masuk penjara da takde modal lettew tu yang berzikir nama seteru lain plak
Quote KamikuP 2-11-2022 11:28 AM
Dia sorang je betul org lain salah - dasar narsisistik
Quote anna-zara 2-11-2022 03:38 PM
selagi boboboi tak jadi PM selagi tu lah.... semua orang kena insaf kecuali dia anak beranak
Quote ninja9 2-11-2022 04:58 PM
Tinot7 replied at 2-11-2022 09:20 AM
Abes tu??? Takkan nak jadi mcm julripin, pasrah terima hukuman...

artis ni bukan politician, jd tak termasuk. .. maksudnya nak masuk side mana-mana pun jangan taksub. nak sokong atok ker muhyiddin ker sokonglah. cuma jadi penyokong yg bijak... bila da bosan ker, bila teringat nak sokong lebih-lebih pun bukan dpt duit maka berhentilah ikut suka... politician2 ni semua tetap gaduh sebab itulah kerja dia.

Quote pasa 2-11-2022 05:03 PM
PH mng PRU dulu sbb atok bungkus pun sebab atok.

Sungguh mudah kene tipu dgn atok

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-9-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.039558 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top