CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Terkejut Bertanding Di Tambun, Pengundi Muda Takkan Pilih Anwar?

1-11-2022 06:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3002| Komen: 29


Walaupun lebih seminggu Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan akan bertanding di Tambun, masih ramai pengundi yang ‘terkejut’ dengan kehadiran Presiden PKR itu.


Menurut rakyat yang ditemui terutama orang Melayu, kehadiran Anwar yang bukan penduduk tempatan dan lahir di situ untuk bertanding dan menjadi wakil mereka di Parlimen disifatkan sebagai satu tindakan aneh.


FB

Secara tradisi wakil rakyat Tambun merupakan anak tempatan dan lahir di kawasan itu.

Hanya anak tempatan yang dirasakan mereka sesuai untuk mewakili mereka di Parlimen kerana lebih tahu isu-isu penduduk setempat.


“Rasa terkejutlah. Anwar bukan orang sini. Walaupun dia popular tapi dia bukan penduduk tempatan.

“Namun itu hak Anwar untuk bertanding di sini. Tiada siapa yang boleh menghalang. Bagaimanapun nasib beliau akan ditentukan oleh penduduk di sini,” kata seorang peniaga pasar malam di Taman Tasik Damai.

Mereka menolak ahli politik yang berpindah randah dari satu kawasan ke satu kawasan setiap kali pilihan raya berlangsung.

Penduduk tidak mahu ahli politik yang berpindah randah mencari kawasan baharu setiap kali pilihan raya kerana berpendapat pemimpin seperti itu bukan jenis setia kepada rakyat yang di kawasan yang diwakilinya.

Seorang pengundi muda berusia 22 tahun yang akan mengundi buat kali pertama turut merasakan kehadiran Anwar di Tambun begitu mengejutkan.

“Terkejutlah sebab dia bukan orang sini tiba dia sampai sini terkejut jugalah saya. Terkejut bila buka Facebook tengok dia bertanding di sini,” katanya.

Pemuda tersebut berkata, dia mengenali Anwar hanya melalui internet dan secara berterus terang berkata, pemimpin Pakatan Harapan itu bukan pilihannya.

Malah rakan-rakan sebayanya juga menurut beliau, tidak akan menjadikan Anwar sebagai pilihan pada pilihan raya yang akan berlangsung pada 20 November ini.

Bagaimanapun bukan semua tidak suka dengan kehadiran Anwar di Tambun.

Bagi penyokong Pakatan Harapan, berita pencalonan Presiden PKR itu di Tambun sebagai satu bonus kerana tidak menyangka Anwar akan bertanding di sini.

Malah mereka juga berasa bangga bahawa Anwar akan menjadi ‘orang Perak’ pertama sebagai Perdana Menteri.

“Saya tidak sabar untuk mengundi dan memastikan kemenangan Anwar di Tambun. Besar harapan kali ini dia benar-benar menjadi perdana menteri,” katanya.


FB

Apapun persaingan sengit menanti Anwar di Tambun. Setakat artikel ini ditulis Anwar akan berhadapan dengan penyandang kerusi Tambun Datuk Ahmad Faizal Azumu yang mewakili Perikatan Nasional.

Ahmad Faizal merupakan bekas Menteri Besar Perak dan juga Timbalan Presiden Bersatu.

Beliau menang kerusi Tambun atas tiket Pakatan Harapan dengan jumlah undi 38,661 dan majoriti 5,320.

Ahmad Faizal menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (33,341) dan calon Pas Ibrahim Zakaria (14,948).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 Parlimen Tambun mencatakan jumlah pengundi teramai di Perak. Parlimen itu mempunyai dua Dewan Undangan Negeri iaitu Manjoi dan Hulu Kinta.

Anwar dan pemimpin PH sudah tentu mahu memastikan kemenangan berpihak kepada mereka lebih-lebih lagi selepas beliau dicanang sebagai perdana menteri ke-10.

Bagaimanapun BN dan PN sudah tentu tidak akan memberikan laluan mudah kepada Anwar.

Apapun, adakah penduduk akan memberikan “kejutan” kepada Anwar pada 20 November ini seperti Anwar memberikan kejutan kepada mereka untuk bertanding di sini?


Sumber: MalaysiaGazette







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Flamencho 1-11-2022 07:37 PM
Ye ooo je.. tengin.. ni teman nak tanye ape pulak sumbangan si peja tu, cer tengok jalan kat ipoh ni, da takde rhope jalan
Quote che-cikL 1-11-2022 08:57 PM

"Penduduk tidak mahu ahli politik yang berpindah randah mencari kawasan baharu setiap kali pilihan raya kerana berpendapat pemimpin seperti itu bukan jenis setia kepada rakyat yang di kawasan yang diwakilinya."

Iols pun ada sentimen yg sama. Tapi iols takde kena mengena kat Tambun lah. Selama mengundi iols mmg mengundi org tempatan, atau setidak2nya iols tahu dia dah lama kat lokaliti itu, sama ada bertanding atas tiket pembangkang @ Kerajaan, itu kira lain pulak.
Quote KamikuP 2-11-2022 12:27 PM
Flamencho: Ye ooo je.. tengin.. ni teman nak tanye ape pulak sumbangan si peja tu, cer tengok jalan kat ipoh ni, da takde rhope jalan

Suruh peja ni perjuangkan kutipan sampah kat Ipoh tu yg ntahapahantah atau mohon tukar gelaran negeri Perak ke Perak Darul Sampah

Quote AbukRokok 2-11-2022 12:40 PM
jgn undi anwar oi.. anwar parti mata dajal.
anwar dajal yg dijanjikan

katanya
Quote rashiman 2-11-2022 01:05 PM
bakal berkuburnya politik Anwar di Tambun....
Quote white_musk 2-11-2022 01:08 PM
rashiman replied at 2-11-2022 01:05 PM
bakal berkuburnya politik Anwar di Tambun....



Anwar akan tertimbun di Tambun
Quote mizruncing 2-11-2022 03:26 PM
scary plak klu nak unid dia ni pon
Quote Perwira2022 2-11-2022 03:38 PM
Orang jadi wakil rakyat sesuatu tempat untuk ambil berat & jadi suara rakyat tempat tersebut.

Tapi si Nuwar ni konsep dia bukan nak mewakili rakyat. Tapi meliwat rakyat demi mendapat kuasa. Waktu pilihanraya saja dia buat kerja2 berkaitan penduduk tempatan termasuklah mengutip sampah.

Di PD boleh la dia tipu. Di Tambun, rakyat lebih cerdik.
Quote white_musk 2-11-2022 03:40 PM
Penduduk Tambun sudah bersedia untuk diliwatkah?

jika tidak, pastikan anwar tertimbun di Tambun
Quote Simunggu 2-11-2022 03:43 PM
Edited by Simunggu at 2-11-2022 03:46 PM

DSAI akan jadi PM...untunglah org Tambun dapat wakil rakyat jadi PM
Quote pasa 2-11-2022 03:49 PM
bang non tak nak tarik diri ke bagi kat org lain jadi calon

Ni nak banjir bang non, lim gone  eng dgn mat sabu kene jadi Pengerusi Sekretariat banjir. Sila fokus pada banjir bang non bukan nak lantik sapa jadi calon
Quote Suchi 2-11-2022 03:51 PM
Pendapat di internet tak sama dgn keputusan kertas undi.
Pemes di internet tak semestinya juga menang nanti.
Apa2 pun tunggu jela 19/11 ni
Quote kakikuDibibirmu 2-11-2022 04:06 PM
Mengangkat sampah di Tambun pulak dah
Quote tompie 2-11-2022 04:13 PM
Paling epik kalau PH menang PRU tapi Anwar tertimbun di Tambun..
Akupun tak paham konsep bertanding merata tempat..
Apa yang ko boleh buat compared to anak tempatan confirm lah kurang..

Ko takde sense of belonging kat tempat tu.. even kalau ko serve the constituent pun takkan mcm local candidate yang serve..
Quote zonan4 2-11-2022 04:22 PM
dah dekat dengan Tanjung rambutan... sape kalah hanatar kat situ terus senang  
Quote aisah7493 2-11-2022 04:54 PM
white_musk replied at 2-11-2022 03:40 PM
Penduduk Tambun sudah bersedia untuk diliwatkah?

jika tidak, pastikan anwar tertimbun di Tambun  ...

Tertimbun di tambun ????????????????????
Quote MelahJanda 2-11-2022 04:55 PM
bagi aku, rakyat patut dapat wakil rakyat yang memberi kebajikan kepada rakyat SELEPAS diundi. bukannya wakil rakyat yg buat kebajikan SEBELUM diundi (sebab dah tahu mmg akan diundi lagi di kawasan sama)

Quote terma2nkondisi2 2-11-2022 08:00 PM
tompie replied at 2-11-2022 04:13 PM
Paling epik kalau PH menang PRU tapi Anwar tertimbun di Tambun..
Akupun tak paham konsep bertanding  ...

konsepnya, percaturan politik.. nak eksploit sistem demokrasi negara bagi memperjuangkan ideologi politik... ramai lagi yg tak paham pasal ni...

kekadang aku ada tulis post pasal ni dlm porem ni....

kalau ph menang majoriti mudah (dapat kuasa 100% bentuk gomen baru tanpa perlu buat gabungan dgn mana2 parti politik lain yg bukan under ph) tapi dalam masa yg sama anwar kalah di tambun, maka anwar konfem tak akan jadi pm..

jawatan pm hanya boleh disandang oleh mp yg telah memenangi kerusi di dewan rakyat...

agong akan pilih mana2 mp yg menang kerusi utk jadi pm tanpa perlu ambil kira apa parti politik yg diwakili mp tersebut... tetapi dlm masa yg sama, agong perlu buat penelitian masa pilih pm baru tu utk pilih mp yg mendapat kepercayaan majoriti ahli2 parlimen... so sbb tu la ikut amalan kebiasaan, agong akan pilih nama yg telah dicalonkan oleh gabungan politik yg dah menang majoriti mudah.. dan sebab tu juga la parti2 politik berusaha mati2an utk menang majoriti mudah

tetapi sekiranya ph, yg sepenuhnya sudah menguasai cabang eksekutif (badan2 gomen) sbb dah menang majoriti mudah, masih lagi menghormati anwar sbg pengerusi ph walaupun anwar bukan pm, maka anwar masih lagi ada pengaruh dalam kepimpinan negara... ideologi politik anwar sbg pengerusi ph akan mengemudi dasar2 ph memimpin pentadbiran negara (berdasarkan kesepakatan politik parti2 komponen ph)
Quote terma2nkondisi2 2-11-2022 08:08 PM
Edited by terma2nkondisi2 at 2-11-2022 11:03 PM
MelahJanda replied at 2-11-2022 04:55 PM
bagi aku, rakyat patut dapat wakil rakyat yang memberi kebajikan kepada rakyat SELEPAS diundi. bukan ...


hakikat sebenar adalah tugas wakil rakyat bukan buat kebajikan terus kepada rakyat tetapi tugasnya adalah menjadi suara/wakil rakyat di parlimen... sbb tu namanya dewan rakyat... ibarat rakyat kawasan tu berhujah, berdebat di dewan (parlimen) utk tadbir dan hala tuju negara

edit: nak highlightkan terma 'kebajikan terus'... tugas wakil rakyat berbuat kebajikan kepada rakyat ada tetapi ia adalah berdasarkan pengertian yg sangat kabur, tidak jelas, tak spesifik... tugas wakil rakyat buat kebajikan terus kepada rakyat memang takde

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-9-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.039325 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top