CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amelia Henderson Yakin Tak Salah, Nak Terus Lawan A. Aida

1-11-2022 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1726| Komen: 2

Amelia Henderson tetap dengan keputusan untuk meneruskan perbicaraan kes melanggar perjanjian kontrak penggambaran drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali kerana yakin dirinya tidak bersalah.


Amelia berkata, walaupun berasa gementar namun dia yakin dengan barisan peguam mengendalikan kes berkenaan.

Perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berlangsung pada pagi Selasa.

Foto: IG

"Saya ada keyakinan dan saya tidak bersalah... jadi saya tidak takut. Saya yakin dengan peguam dan diri saya sendiri. Saya okay," katanya kepada mStar.

Ditanya mengenai keputusan pelakon Idris Khan menyelesaikan kes itu di luar mahkamah, Amelia memberitahu itu adalah hak aktor tersebut.

"Saya sokong keputusan kawan saya dan dia ada hak untuk buat keputusan tersebut," katanya.



Pada perbicaraan hari pertama kes berkenaan di hadapan hakim Zulqarnain Hassan, dua saksi dipanggil memberi keterangan iaitu penerbit, Datuk A. Aida dan pengarah drama, Reza Baharuddin.

Riza memberitahu mahkamah, Amelia selaku defendan pertama kes tersebut tidak bersetuju menukar tarikh penggambaran ekoran skrip drama berkenaan yang masih belum siap sepenuhnya.

Saksi turut memberitahu pada 15 Jun 2022, pengurus kepada Amelia ada menghubunginya kerana tidak bersetuju dengan jalan dan konsep drama berkenaan yang dianggap berbeza.

"Defendan pertama tidak berhasrat menukar tarikh penggambaran selepas ia ditunda sebanyak tiga kali ekoran masalah skrip masih belum siap selain jadual artis lain perlu kembali diselaraskan mengikut waktu sesuai," katanya.



Riza menjawab soalan berkenaan selepas ditanya oleh peguam defendan pertama, Munirah Najihah Shaari dan Farhanna Roslan.

Saksi turut memberitahu mahkamah bahawa plaintif dan stesen televisyen yang menawarkan defendan pertama watak dalam drama tersebut.

Sementara itu, A. Aida dalam keterangannya memberitahu mahkamah disebabkan pelanggaran kontrak berkenaan, pihaknya mengalami kerugian sebanyak RM210,000.

A. Aida turut tidak bersetuju apabila peguam defendan pertama mengatakan pihak penerbit sengaja mereka jumlah kerugian tersebut.



Sebelum itu, A. Aida dan defendan kedua, Idris Khan mencapai kata sepakat menyelesaikan berkenaan yang mana penerbit itu menarik balik saman terhadap aktor itu tanpa kebebasan memfailkan semula kes tersebut.

Idris diperintahkan memulangkan wang pendahuluan membintangi drama itu yang diterimanya sebelum ini sebanyak RM3,780 kepada A. Aida sebagai penyelesaian luar mahkamah selain tidak boleh memfailkan saman malu terhadap penerbit berkenaan.

Mahkamah memerintahkan defendan membayar ganti rugi tersebut sebelum penghujung November 2022.

Untuk rekod, A. Aida mengambil tindakan undang-undang terhadap Idris dan Amelia selepas didakwa menarik diri pada saat-saat akhir daripada membintangi drama terbitan syarikatnya, A. Aida Production berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.



Penerbit itu menjelaskan tindakan diambilnya kerana kecewa dengan sikap tidak profesional kedua-dua pelakon itu sehingga menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian besar.

A. Aida diwakili peguam Ashmadi Othman manakala Idris diwakili Jason Wee. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 2-11-2022 10:03 AM
yelah dekkk buatla apa ko nak. dah kena carot ngn diva aa tu sbb pakai baju cam peguam
Quote KamikuP 2-11-2022 04:26 PM
Teruskan saman biar kalah nek aida tuh

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.041058 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top