Pakar bedah Malaysia di London, Dr. Nur Amalina Che Bakri mendedahkan sushi merupakan hidangan pertama yang diambil selepas bersalin.
Dalam soal jawab bersama pengikutnya di Instagram, beliau mendedahkan hidangan itu dibeli oleh suaminya, Alexander Charles di restoran kegemarannya. Amalina mengaku dia menjaga diri berpandukan bukti-bukti saintifik selain nasihat doktor serta tidak memiliki menu yang khusus sepanjang tempoh berpantang. “Pemakanan saya adalah seperti biasa sama seperti sebelum mengandung iaitu mengambil diet seimbang, meminum dua ke tiga liter air putih sehari, mengehadkan pengambilan minuman yang bergula dan makan buah-buahan serta sayur-sayuran.
“Saya juga mengurangkan pangambilan gula dan garam serta kerap bersenam setiap kali ada masa yang terluang,” dedahnya menerusi sesi soal jawab di Instagram.
|
rykall: Sebenarnya apa fungsi Amalina ...
ADVERTISEMENT