CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Sekolah Pondok Mati Selepas Didenda Berendam Dalam Kolam Ikan

1-11-2022 03:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2963| Komen: 27

ROKAN HULU: Seorang pelajar sekolah pondok maut selepas didenda berendam dalam kolam ikan kerana curi keluar dari asrama di Tapah Darussalam, Rokan Hulu, Riau.


Lapor Kompas.com, jurucakap polis, Mardiono berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa yang berusia 17 tahun bersama tiga rakannya keluar dari asrama untuk membeli makanan pada Sabtu lalu.

Selesai membeli makanan, mangsa dan tiga rakannya tidak pulang terus ke asrama, sebaliknya mereka menyaksikan perlawanan bola sepak sehingga waktu subuh.


Foto: Kompas

“Selepas itu, mangsa dan rakannya pulang ke asrama dan perbuatan mereka disedari seorang daripada tenaga pengajar di situ.


“Kesemua pelajar itu mengakui kesalahan mereka dan tenaga pengajar berkenaan menghukum mereka berendam dalam kolam ikan selama lima minit.

“Selain itu, mereka juga diarahkan supaya menyelam di dalam kolam sebelum menyuruh mereka naik ke atas dan membilas badan,” ujar Mardiono.

Namun, mangsa tidak timbul dari permukaan kolam menyebabkan tenaga pengajar itu menyuruh pelajar lain memeriksa keadaannya.

Ketika dibawa naik dari kolam, mangsa tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 1-11-2022 03:50 PM
ya ampun dah la di riau...
nak kata indon hujung2 takut leluhur melayu budis srivijaya mix yindu majapahit...

aiyooo entah lah... bongok punya denda suruh menyelam sampai 5 minit... waktu subuh pulak tu...
tolong la cari denda munasabah sikit.. kalau suruh cuci tandas tu lagi bagus kurang2 pahala pun dapat...
Quote gorjeous 1-11-2022 05:22 PM
Moga dipermudahkan...
Quote Decaffeinated 1-11-2022 06:16 PM
dudaberhias replied at 1-11-2022 03:50 PM
ya ampun dah la di riau...
nak kata indon hujung2 takut leluhur melayu budis srivijaya mix yindu maj ...

Riau native memang melayu pun unless transmigran. Kecuali Tembilahan tu pekan Banjar.

Quote Zazama 1-11-2022 10:42 PM
Kaka rendam sesaat pun, kaka dah kalut gelupur. Inikan 5 minit! Apa an sih?
Quote redz85 1-11-2022 10:58 PM
budak ni mesti jenis baik.. tak pernah main selam selam kat sungai
Quote naina 1-11-2022 11:00 PM
Jahatnya. Bagi selam2 ingat semua pandai berenang ke? Tolong la kalau denda tu jangan libatkan air selam2 ni. Askar boleh LA KO suruh selam. Tu pun sebab ada standby kot ada yang lemas. Air tak kotor mcm gambar atas tu.
Quote she 1-11-2022 11:05 PM
Macik kalau nengok air kolam ijo2 gitu
Memang pitam dulu
Udoh ler macik takut air dalam

Kesian budak tu
Letih balik tengok bola lagi
Takut lagi
Quote gideoncross 1-11-2022 11:13 PM
naina replied at 1-11-2022 11:00 PM
Jahatnya. Bagi selam2 ingat semua pandai berenang ke? Tolong la kalau denda tu jangan libatkan air s ...

Klau cikgu2 dri skolah ugama ni mmg kdg kla ada yg kejam nk mmpus, dlu cikgu2 skolah ugama ptang iol pun klau bgi dnda, entah apa2 entah, mcm mlepaskn geram yg trpndam kat ank2 murid pun ada jugak.
Quote gideoncross 1-11-2022 11:14 PM
dudaberhias replied at 1-11-2022 03:50 PM
ya ampun dah la di riau...
nak kata indon hujung2 takut leluhur melayu budis srivijaya mix yindu maj ...

Sbb cikgu2 ugama ni mmg ada yg kejam.
Quote Dalcott 2-11-2022 09:00 AM
buat la hukuman yg betl. tak memasal je nyawa melayang
Quote MissVixen 2-11-2022 09:02 AM
Geli tengok air kolam. Mesti ada ikan lele dalam tu. Buat goreng dan lalapan, bagi budak2 makan
Quote sara_thrash 2-11-2022 09:05 AM
hanya kerana denda 5 minit kau itu maka tanggung lah rasa menyesal itu selamanya. dasar goblok
Quote Tinot7 2-11-2022 09:24 AM
Takziah kpd keluarga.. nak bg denda lengkali kena pikiaq.. baik soh bebudak tu cuci jamban..  bak kata poremer ataih..
Quote plywood 2-11-2022 09:27 AM
tapi berendam lima minit sepatutnya manusia boleh bertahan.. barangkali ada penyakit budak tu.

... atau ada yang tak diberitahu kepada umum.. disuruh menyelam lima minit?
Quote cmf_premierleag 2-11-2022 09:32 AM
Cikgu2 sekolah pondok mmg mostly semua bodoh2 belaka kan
Quote Rapz 2-11-2022 09:38 AM
Lain kali kalo nk denda pelajar2 yg bermasalah pun agak2 la,tk pasal2 melayang 1 nyawa...
Quote pooh~key 2-11-2022 09:38 AM
Punca akak jadi ateis sebab mengenangkan betapa cilakanya perangai ustaj ustajah akak dolu2 jua sister.
Quote pekanwoohoo 2-11-2022 09:39 AM
cmf_premierleag replied at 2-11-2022 09:32 AM
Cikgu2 sekolah pondok mmg mostly semua bodoh2 belaka kan

Kalau tak bodoh, takkan nak jadi cikgu pondok. Yedak?
Quote black_handbag 2-11-2022 09:44 AM
hijaunya air kolam tu.. berapa lama tak cuci kolam.. cane menyelam tak timbul tah2 dipatuk ular dalam tu. i percaya kalau ada ular dalam tu pon tak nampak.. dgn air hijau pekat.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.368347 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top