CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Sanggup Tingal Berjauhan Dengan Isteri Demi Jaga Ayah Sakit- Tak Ada Kerja Tetap, Jual Asam Keping Je

1-11-2022 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1683| Komen: 17

Kuala Krai: Besarnya pengorbanan Amin Nor Hakim Ismail kerana sanggup berjauhan dengan isteri dan tidak bekerja tetap demi menjaga bapanya, Ismail Berahim yang menderita akibat tumor kapilari.


Penyakit itu menyebabkan Ismail, 68, mengalami ketumbuhan pada hidung dan mulut selain buta mata kiri kerana tumor yang semakin merebak.

Demi menyara keluarga termasuk ibu, Mesah Awang, 68, yang turut tinggal bersama di Kampung Jelawang, Dabong di sini, Amin Nor Hakim, 34, berusaha mencari rezeki dengan menjual asam keping daripada pokok ditanamnya.
20 sekilogram dan pendapatan diperoleh tidak seberapa.


Foto: Harian Metro


Hanya itu ikhtiar mampu dilakukan Amin Nor Hakim bagi menampung perbelanjaan keluarga terutama keperluan bapanya yang kini hanya terlantar.

"Ayah mula sakit Februari 2020 apabila ada ketumbuhan pada hidungnya. Ketumbuhan itu kemudian merebak pada bahagian mulut, puncanya selepas giginya tercabut.

"Awalnya cuma bengkak dan ingatkan pada bahagian itu saja, tetapi semakin serius, jadi saya bawa ayah ke Hospital Kuala Krai sebelum dirujuk kemudian dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM), Kubang Kerian pada 18 Mac 2020 iaitu hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bercerita lanjut, Amin Nor Hakim berkata, bapanya hanya boleh minum susu khas melalui perut dan bernafas melalui saluran tiub yang disambungkan pada tekak.

Menurut Amin Nor Hakim, penyakit bapanya boleh dirawat, antara satunya menerusi pembedahan pada mata, tulang, hidung dan rahang.


Foto: Harian Metro

Bagaimanapun, Amin Nor Hakim memberitahu pembedahan itu berisiko dan sukar dijalankan berikutan keadaan bapanya yang sudah berusia.

"Jadi, tidak banyak dapat saya lakukan melainkan bawa ayah ke hospital (Hospital Kuala Krai) untuk pemeriksaan dengan doktor.

"Cuma, ayah perlu dipantau setiap waktu kerana emak sudah berusia walaupun masih sihat, kakak pula tidak tinggal bersama.

"Ikutkan dulu saya cari rezeki dengan menoreh getah, tetapi kini sepanjang masa jaga ayah saja, jika keluar pun untuk pos pesanan pelanggan," katanya.

Berkongsi pengalamannya menjaga bapa, Amin Nor Hakim mengakui sukar menyesuaikan diri pada awalnya.

"Berat juga pada mulanya, tetapi lama-kelamaan okay kerana sudah jadi kebiasaan.

"Lagipun, yang sakit itu ayah saya jadi perlu ambil tanggungjawab untuk menjaga dan menguruskannya.

"Buat masa ini, ayah terima bantuan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun ia tidak cukup kerana perbelanjaan untuk susu dan lampin pakai buang saja menelan kos RM700 sebulan.

"Sebenarnya, saya baru berkahwin pada Mac lalu dan buat masa ini tinggal berjauhan dengan isteri yang bertugas sebagai jururawat di sebuah hospital di Kedah namun bersyukur dia memahami, malah terima saya sekeluarga daripada awal perkenalan lagi," katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 153029387921 atas nama Amin Nor Hakim Ismail atau menghubunginya di talian 018-2293723 atau WhatsApp di 013-998 7123. -CARI

Sumber: harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyfaha 1-11-2022 06:18 PM
Semoga kamu dirahmati. Anak soleh untuk perempuan soleh. Iols tak soleh, kalau tahu awal2 bakal somi sibuk jaga keluarga sakit. Iolss confirm2 lari dah. Bukan soal memahami atau soal berjauhan. Nak kahwin perlu check keturunan juga kalau x mao masalah pd keluarga. Apepun semoga abam dikurniakan isteri sesoleh abam
Quote kepompong 1-11-2022 06:29 PM
Edited by kepompong at 1-11-2022 06:31 PM

selalu sangat baca kena berhenti kerja jaga parents. Dulu hb i pun cuti jangka masa panjang masa mak mertua perlukan penjagaan. masa tu brp sgtlah life cost … so mmg tkde masalah kewangan pun , sbb kita  ada passive income…  Masa parents in law sihat pun hb tanggung parents & adik2 so sbnrnya sakit ke tak , sama je dari segi financial

i rasa gomen kena buat langkah proactive galakkan rakyat sebelum tua buat insurans atau apa2 lah… . so kalau sakit pakai duit tu semula. yg jaga pun tak rasa terseksa
Quote uori 1-11-2022 06:41 PM
kenapa tak bawak balik jaga kat rumah sendiri je
Quote gigahertz 1-11-2022 09:16 PM
kepompong replied at 1-11-2022 10:29 AM
selalu sangat baca kena berhenti kerja jaga parents. Dulu hb i pun cuti jangka masa panjang masa mak ...

Salah satu sebab kenapa i tak kahwin sebab ni la.
Quote kepompong 1-11-2022 09:22 PM
uori replied at 1-11-2022 06:41 PM
kenapa tak bawak balik jaga kat rumah sendiri je

susah you…maybe  parents yg taknak. & ikut artikel tu dia ckp baru kawen.. mac tahun ni… i rasa lelaki tu segan kot . Dahla sendiri tak kerja. takkan wife nak tanggung ayah mertua pulak. Lainler ayah mertua mmg bagi gaji ke tanah ke . macam ada sorang pakcik tempat i, offer siapa jaga dia. semua savings buat hibah kat yg menjaga… ini sampai mintak bantuan. Mmg sahsah tkde savings apa pun
Quote kepompong 1-11-2022 09:23 PM
gigahertz replied at 1-11-2022 09:16 PM
Salah satu sebab kenapa i tak kahwin sebab ni la.

boleh pilih2 kawen ngan yatim piatu
Quote bakingsoda 1-11-2022 09:27 PM
hebat la isteri dia sanggup kawin dgn lelaki yg jaga bapak sakit
Quote Page88 1-11-2022 09:40 PM
Bless him for taking care of his father.
Quote becir 1-11-2022 10:05 PM
Hati keladak I macam nak question pulak ngan keadaan camtu apsal nak kawen gak? Tapi pempuan pun rela la kan..
Quote alieyrina 1-11-2022 10:15 PM
Semoga urusan deme dipermudahkan. Bini dia mebi beruntung kut tetiba sakit mcm tu jugak lakinya jaga. Bukan senang jaga org sakit wey
Quote namieamuro 1-11-2022 10:26 PM
becir replied at 1-11-2022 10:05 PM
Hati keladak I macam nak question pulak ngan keadaan camtu apsal nak kawen gak? Tapi pempuan pun rel ...

baru nk tanye. ade jugak geng keladak takpela bini nurse sanggup berjauhan. tambah baru menikah. fasa kentut pun bau perfume
Quote namieamuro 1-11-2022 10:27 PM
kepompong replied at 1-11-2022 06:29 PM
selalu sangat baca kena berhenti kerja jaga parents. Dulu hb i pun cuti jangka masa panjang masa mak ...

mase hubby u cuti pjg tu. sape pulak tanggung adik beradik die? eh tiber menyibuk
Quote clarizsa 1-11-2022 10:33 PM
Kalau kerja ada income , kan boleh upah org jaga makpak tu
Quote kepompong 1-11-2022 10:45 PM
namieamuro replied at 1-11-2022 10:27 PM
mase hubby u cuti pjg tu. sape pulak tanggung adik beradik die? eh tiber menyibuk

masa mak sakit, adik2 dah besar berdikari…. & sbnrnya kerja dgn abg kpd my hb … hidup senang jugak, abg bagi duduk free rumah, keta sorang 1.. kira hb i lepas tgn sbb ada abg yg dah kaya-raya hehee . i nampak macam win-win situation je… abg kpd hb tu mmg memerlukan adik2 sbg spy, jadi staff biasa tapi apa2 salah laku semua depa  boleh bagi info kat abg . gitu la
Quote kepompong 1-11-2022 10:55 PM
clarizsa replied at 1-11-2022 10:33 PM
Kalau kerja ada income , kan boleh upah org jaga makpak tu

tak murah jaga org tua sakit. & byk isu. (arwah)mak mertua i dulu back in 2010 nak upah org kampung rm2k  pun tkde org nak. time tu hb i mampu bagi sebulan rm2k aje..  (arwah) My mom, kakak hire helper pakai agen indon, macam2 isu lagi pening kepala kita… mmg kita jugak kena ada kat situ, tak dpt kerja jugak sbb hanya membantu sahaja, bukan dipertanggungjawabkan… duit byk juga keluar… nak sara helper tu lagi.  
Quote makadek 1-11-2022 11:00 PM
Jgn abaikan asam keping bini
Quote rosedemon 2-11-2022 09:51 AM
jga apak jgn la abaikan isteri dekk. berdozaaahhh

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.054125 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top