Tragedi Halloween di Itaewon terus menjadi perhatian dunia apabila meragut 154 nyawa pada malam Sabtu lalu. Memetik laporan CNN Indonesia, terdapat beberapa perkara pelik yang terjadi di pesta Halloween yang diadakan di kawasan Itaewon.
Berikut adalah beberapa hal 'pelik' yang berlaku di pesta Halloween yang berakhir dengan tragedi ngeri. 1). Anggaran 100,000 orang berkumpul raikan pesta Halloween Menurut portal Korea Herald, dianggarkan seramai 100,000 orang turun ke Itaewon, tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga jarak.
Ramai yang menggayakan pakaian dan solekan seram. Bukan hanya warga Korea Selatan, warga asing turut meraikan menghadiri pesta ini. 2). Kelab malam tetap beroperasi hingga jam 4 pagi Meskipun kekecohan berlaku sekitar jam 10.30 malam, beberapa kelab malam di kawasan itu masih meneruskan operasi seperti biasa. Pengunjung kelab juga tetap berhibur walaupun tragedi ngeri sedang berlaku di kawasan itu. Malah, terdapat kelab malam yang beroperasi hingga jam 4 pagi. 3). Pengguna dadah di pesta bergaduh Seorang saksi mendedahkan ada pengunjung yang mengambil dadah bergaduh semasa tragedi Halloween di Itaewon. Saksi, Park Jung Hoon berkata, kejadian itu bermula apabila seorang pengguna dadah mula bergaduh dengan beberapa orang. Keadaan dilaporkan menjadi lebih kecoh kerana berlaku kecederaan akibat kasut tumit tinggi terkena peha pengunjung. Park kemudian berkata dia tiba di lokasi pada jam 10 malam waktu tempatan dan melihat keadaan di Itaewon persis 'zon perang'. 4). Dihalau pemilik kedai Seorang saksi turut memberitahu beberapa pemilik kedai mengusir individu yang cuba berlindung di kedai mereka ketika kejadian. Saksi dan mangsa menyalahkan pemilik bar dan kelab berhampiran kerana menghalang orang ramai cuba keluar dari lorong sempit itu. “Ada yang cuba menyelamatkan diri dengan masuk ke kedai berhampiran tetapi dihalau semula ke jalan raya kerana waktu bekerja sudah tamat,” kata saksi kepada agensi berita, Yonhap. 5). Pengunjung tetap berhibur Walaupun telah diingatkan pihak berkuasa agar menangguhkan sambutan, ada pengunjung yang terus berhibur di beberapa kelab malam di lokasi berhampiran. Pihak Polis Seoul tiba di lokasi pada jam 11.19 malam waktu tempatan, 49 minit selepas laporan diterima. "Sila pulang. Ini akan membantu kami, sila pulang," pihak polis dilaporkan memberi arahan. Bagaimanapun, terdapat para pengunjung tidak mengendahkan amaran itu. Sekitar jam 2 pagi waktu tempatan, orang ramai yang memakai pakaian seram kelihatan sibuk bergambar di lorong berhampiran tempat kejadian. Sumber: AWANI |
Firenzza replied at 1-11-2022 03:03 PM
Xde yg pelik pun
ADVERTISEMENT