CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kita Kerja Keras Untuk Menang 40 Kerusi, Kalau Boleh Ingin Menang Lebih Lagi - PAS

1-11-2022 02:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 691| Komen: 5

Pas menyasarkan untuk menang sekurang-kurangnya 40 daripada lebih 60 kerusi Parlimen yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang.



FB Hadi

“Kita bekerja keras untuk menang 40 kerusi dan kalau boleh ingin menang lebih lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bilik Gerakan Utama Perikatan Nasional (PN) Arau di sini malam tadi.

Beliau berkata, parti itu yakin mampu mengekalkan penguasaan kerusi Parlimen di tiga negeri yang ditadbir PAS iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, selain mempunyai potensi untuk menang kerusi di Pahang dan Perlis.

Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata gabungan itu telah selesai membuat pemilihan nama calon yang akan bertanding pada PRU15 dan pengumuman senarai calon akan dilakukan oleh Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yasin.


Sumber: MalaysiaGazette







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 1-11-2022 02:40 PM
ok passs... ambil maklum
Quote ifanonline 1-11-2022 02:41 PM
harap ore kelate tolak PAS
Quote juboqhang 1-11-2022 02:43 PM
Insya Allah .. boleh la ganti stesen bas yg macam kandang lembu tu kan?

Quote cikatilia 1-11-2022 02:57 PM
jernih2kan lah air tu ya
keladak nau
Quote Firenzza 1-11-2022 04:40 PM
Setopa ali spender calon kawasan mana lobai?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.307301 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top