Datuk A. Aida dan pelakon Idris Khan mencapai kata sepakat menyelesaikan kes melanggar perjanjian kontrak penggambaran sebuah drama berjudul, Sekali Lagi Cinta Kembali secara baik di luar mahkamah.
A. Aida selaku plaintif menarik balik saman terhadap Idris sebagai defendan kedua tanpa kebebasan memfailkan semula kes tersebut. Keputusan menarik balik itu dibuat ketika perbicaraan hari pertama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa. Pada prosiding yang bermula kira-kira pukul 11.30 pagi, peguam mewakili Idris iaitu Jason Wee memohon supaya kes berkenaan diselesaikan secara baik di luar mahkamah.
Permohonan berkenaan kemudian dipersetujui pihak A. Aida. Sehubungan itu penyelesaian yang dibuat di hadapan hakim Zulqarnain Hassan turut mencapai kata sepakat bahawa tiada sebarang tanggungan pada kedua-dua belah pihak.
|
che-cikL replied at 1-11-2022 01:57 PM
Gambar A. Aida baju hitam macam pernah tengok, rupanya macam emak SinChan
che-cikL replied at 1-11-2022 01:57 PM
Gambar A. Aida baju hitam macam pernah tengok, rupanya macam emak SinChan
che-cikL replied at 1-11-2022 01:57 PM
Gambar A. Aida baju hitam macam pernah tengok, rupanya macam emak SinChan
dudaberhias replied at 1-11-2022 07:20 PM
tergamak kaka hina mak shin chan yach... mak dia dah la baik... takde la rhoperrr muka terpleot ma ...
ADVERTISEMENT