CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Dia Masih Muda Dan Mentah' - Shila Amzah Anggap Amir Masdi Macam Adik Je

1-11-2022 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3295| Komen: 23

Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) Shila Amzah menganggap gosip cinta dengan penyanyi Amir Masdi atau dikaitkan dengan mana-mana lelaki adalah perkara biasa dalam dunia hiburan.


Sudah masak dengan gosip sebegitu, Shila berkata dia sentiasa tenang dan enggan melatah kerana menyedari kehidupan selebriti akan menjadi bahan atau subjek dalam media hiburan.


IG Shila

“Mungkin untuk Amir sendiri, dia masih muda dan mentah dalam industri ini. Untuk saya sendiri, saya dah terlalu masak bila dikaitkan dengan mana-mana lelaki.

“Benda itu tak jadi masalah untuk saya. Sebab selama mana dalam industri, benda itu adalah asam garam di dalam kehidupan anak seni. Kalau seandainya dikaitkan, saya tak akan melatah.


“Sebab bagi saya benda itu normal. Kalau benda tu betul, betul la… kalau tak betul pun, kita kena bijak menangani la jangan cepat melatah.

“Bagi saya, media pun hanya jalankan tugas dan kita (anak seni) adalah content… kalau dalam media hiburan, kita ni adalah antara subjek yang besar,” katanya kepada Gempak.

Sebelum ini, penyanyi lagu Kau Sakiti itu dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Shila selepas mereka kerap dilihat bersama.

Amir ketika ditemu bual oleh Gempak memberitahu dia dan Shila hanya sekadar rakan selebriti yang bermain badminton bersama.

Sementara itu, Shila turut memberitahu dia hanya menganggap Amir seperti adik memandangkan jarak usia penyanyi itu enam tahun lebih muda daripadanya.


IG Amir

“Saya kenal Amir daripada adik saya… mereka memang kawan yang selalu bermain futsal dan badminton bersama. Umur dia pun lebih muda daripada adik saya.

“Jadi saya anggap macam adik saja, beza umur pun enam tahun. Saya rasa kelakar la bila gosip itu keluar. Tapi kami memang kawan saja,” ujarnya.


Sumber: GEMPAK





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 1-11-2022 12:42 PM
Hellooo.. Zaman skarang normal jer kot laki lagi muda dari perempuan
Quote KamikuP 1-11-2022 12:59 PM
Buktikan Shila ko boleh hidop tanpa lelaki biawak hidop. Ayoh juragan
Quote buapakperut 1-11-2022 01:59 PM
Amboi kuku
Quote woven11 1-11-2022 02:09 PM
Tak perlu lah cakap si comel amir ni budak mentah.. boleh je kan cakap dia masih muda lagi…
Quote PinkyPie 1-11-2022 02:12 PM
Muda dan mentah kulihat hijauu macam lagu pak zenal plak
Quote doubleharmonic 1-11-2022 02:18 PM
eh noreeennn ko tu dah tua bangka pon perangai mengalahkan budak mentah dah kenapa noreeennnn
Quote TomyamPuteh 1-11-2022 02:32 PM
Sian Amir Masdi. Shila anggap dia budak blm mumayyiz lagi
Quote sleepandream 1-11-2022 04:34 PM
amir masdi ni rambut panjang2 gitu mcm try hard sgt nak jd rockerz yach
Quote lipasterbang 1-11-2022 08:30 PM
alahai shila, haritu awal2 dlu masa hlive tya psl ni kau jwb samar2 je sambil sengeh2 mcm nk org buat spekulasi..tup2 baru ni bila amir bertegas ckp xde pape baru kau kata anggap dia mcm adik & mentah (mungkin sbb amir x pandai nak buat org berteka teki kut)
Quote lipasterbang 1-11-2022 08:34 PM
sleepandream replied at 1-11-2022 04:34 PM
amir masdi ni rambut panjang2 gitu mcm try hard sgt nak jd rockerz yach

Tu trademark dia, imej lain dr bbnu yg lain
Kalau tambut pendek nmpk mcm budak sekolah sgt
Quote AWEKSAMURAI 1-11-2022 08:34 PM
Alaaaa apa salah nya akak pun shuben muda 5 tahun hahahaa jodoh tu kalau dh sampai muda ke tua menjadik jgak
Quote ReginaGeorge 1-11-2022 11:03 PM
Sejenis kepam dan tak jaga kerang.
Quote cahaya_almas 1-11-2022 11:44 PM
Amir tk hsome pn tp suara best...sy minat...
Quote Sonneblume 2-11-2022 06:38 AM
Beza 6 tahun je pun..laki tu bukannya 16thn nak ckp dia masih mentah
Quote Piramida 20-11-2022 10:18 PM
Muda dan mentah tu berapa umur?

Jah Bungkus pun berbinikan ucetaz muda dan mentah, ok je. Tp iyalah mcm katun lah perangai.
Quote hanihan16 20-11-2022 10:20 PM
woven11 replied at 1-11-2022 02:09 PM
Tak perlu lah cakap si comel amir ni budak mentah.. boleh je kan cakap dia masih muda lagi…

haha i pun terfikir lah kenapa kena mention mentah, muda sudah.
Quote Aneem 20-11-2022 11:20 PM
Edited by Aneem at 20-11-2022 11:23 PM

Iyolahhh kau pun mcm matang bebenau kan.
Quote DeLuna85 21-11-2022 12:04 AM
Tak payah la. Memang Tak sepadan pun. Amir Biar dengan aku je
Quote deebiz14 21-11-2022 08:43 AM
Gitu sheols me-mentah-kan heols.

Terpaling sangat.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.042766 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top