Tular di TikTok, rakaman sekumpulan lelaki berganding bahu meredah arus deras demi menyelamatkan seorang wanita terperangkap dalam kejadian kepala air pada Ahad lalu.
Pemilik video tersebut, Zieya Kinrose, 32, yang juga merupakan saksi utama kejadian berkata, kepala air itu datang sekelip mata tanpa diduga. "Kejadian itu berlaku depan mata saya, waktu itu ramai tengah mandi sebab cuaca baik dan air pun tenang. Ini sungai di Kota Belud, Sabah. "Cuma ada hujan renyai-renyai sikit. Tetapi tiba-tiba arus tu terus berubah jadi kepala air. Kami tak jangka langsung.
"Kami bagi amaran dekat pengunjung di situ untuk naik tetapi ada seorang yang tak sempat," ceritanya ketika dihubungi mStar. Menurutnya, wanita dalam lingkungan usia hujung 30 tahun itu tidak dapat pergi ke tebing kerana air sudah terlampau deras. Dia hanya mampu berpaut sekuat hati kepada sebuah batu demi nyawanya yang ketika itu boleh diibarat seperti di hujung tanduk. Bagaimanapun, dia bernasib baik apabila ada sekumpulan lelaki yang berjiwa kental terjun ke dalam sungai untuk membantu menariknya keluar dari pusaran air yang 'mengganas' itu. "Abang-abang Triton (kumpulan peminat kereta pacuan empat roda) itu satu group dengan saya, kami pergi trip sekali ke sini. "Yang mula-mula lompat masuk tanpa berfikir dua kali ialah Abang Epol iaitu anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan diikuti kawan dia yang lain. "Dia sudah biasa dengan air ini semua jadi dia tak takut. Dia duduk depan dan yang lain pegang tangan dia untuk support," kata Zieya. Zieya berkata, cara sepatutnya yang lebih selamat adalah dengan menggunakan tali yang dicampak kepada mangsa dan menariknya ke tepi. Disebabkan situasi ketika itu boleh dikatakan ibarat 'setiap saat boleh membezakan di antara hidup dan mati', mereka tidak berlengah dan terus terjun ke dalam sungai. IG mStar "Waktu itu panik dan keadaan mendesak. Mereka tak fikir apa dan terus tolong. Mereka pegang tangan dan sama-sama masuk ke dalam sungai. "Sebenarnya ada tali kalau kami nak cari tetapi waktu itu kelam kabut. Kami cuma fikir macam mana nak selamatkan perempuan itu. "Ada dalam lima orang yang masuk ke dalam sungai. Misi berani mati. Ini macam memori untuk mereka," ujar Zieya. Zieya juga sempat berkongsikan kisah lucu ketika cubaan hendak menyelamatkan wanita yang nyaris lemas dibawa arus tersebut. "Ketika Abang Epol hulurkan tangan kepada akak tu untuk tarik dia keluar, dia cakap tak boleh sebab haram (bukan mahram). "Abang Epol paksa dia suruh sambut tangan juga sebab arus tengah deras, lagi lama lagi bahaya. Ini sedang darurat bah. "Bila dah sampai ke tepi, nampak dia macam bersyukur dan pada masa yang sama macam marah sebab diselamatkan," kata Zieya. Zieya sempat memberikan nasihat agar sesiapa yang hendak mandi manda di sungai supaya lebih peka dengan cuaca terutamanya ketika musim monsun di penghujung tahun. Sumber: mStar |
noor2 replied at 1-11-2022 11:37 AM
Nasib ko x mati katak....bodo betul perempuan
hyie replied at 1-11-2022 12:07 PM
syurgalah tempatmu kakkkkkkk
pooh~key replied at 1-11-2022 12:13 PM
Kat syurga nanti boleh jadi ketua birah gedik main pepet puas2 katanya sistah.
ADVERTISEMENT