Penyandang kerusi parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Harun mengesahkan beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Sepang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November nanti.
Kerusi tersebut sebelum ini telah disandang oleh wakil dari Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Hanifah Maidin ketika mengalahkan dua lagi calon pada PRU14 pada Mei 2018. Perkara itu diumumkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN),Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi ketika menghadiri Program Jelajah Prihatin Parlimen Sepang di Dataran Sadiman, Bukit Changgang di sini. Pengumuman itu sekali gus menjawab desas-desus yang menjangkakan Rina bakal bertanding di Sepang pada PRU15 serta meninggalkan Parlimen Titiwangsa yang dimenanginya pada PRU14.
Pada PRU14, Rina yang bertanding menggunakan tiket Bersatu di bawah Pakatan Harapan berjaya merampas kerusi Parlimen Titiwangsa daripada penyandangnya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang mewakili Barisan Nasional (BN) ketika itu.
|
harkktuih replied at 1-11-2022 11:27 AM
makin byk la billboard cenggini kat sepang nnt..
ADVERTISEMENT