CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cef Selebriti Iran Mati Dibelasah Dengan Belantan Semasa Dalam Tahanan

1-11-2022 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1043| Komen: 1

Seorang remaja berusia 19 tahun yang digelar sebagai ‘Jamie Oliver of Iran’ dlaporkan dipukul sehingga mati oleh pasukan keselamatan di negara itu.

Insiden itu secara tidak langsung mencetuskan gelombang protes baharu di Iran sejak berlakunya protes besar-besaran susulan kematian Mahsa Amini.


Foto: Hindustan Times

Lapor Daily Mail, Mehrshad Shahidi yang merupakan cef selebriti didakwa meninggal dunia pada Rabu lalu ketika dalam tahanan Pengawal Revolusi Iran (IRGC).

Menurut pertubuhan hak asasi manusia, mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian tengkorak selepas dipukul menggunakan belantan semasa dalam tahanan.


Shahidi ditahan oleh pasukan keselamatan ketika menyertai protes di bandar Arak.

Kematian cef selebriti itu didakwa merupakan kes kematian ke-253 sepanjang protes berlaku.

Sementara itu, keluarga Shahidi mendakwa mereka dipaksa oleh pegawai Iran untuk mengumumkan anak lelakinya meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Anak kami meninggal dunia akibat dipukul belantan di kepalanya selepas ditangkap.

“Namun, kami didesak oleh rejim untuk menyatakan bahawa Shahidi meninggal dunia akibat serangan jantung,” katanya kepada saluran televisyen Iran International di London.

Bagaimanapun, dakwaan keluarga mangsa disangkal oleh pihak berkuasa.


Sumber: Utusan




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote becir 1-11-2022 05:37 PM
Kesian kat rakyat Iran..harap Khomeini and the geng lari kena perambat keluar negara..larila ke Israel tu je tempat sesuai utk totok cam they all ni

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.036260 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top